Wednesday, October 20, 2010

raya 2010

sudah agak lama ahli-ahli sekutu tidak malakukan aktiviti secara beramai-ramai. hari demi hari, bulan demi bulan, berkurung didalam bilik menjadi rutin tetap. aktiviti memancing semakin kurang sambutan. bermain futsal dipetang hari juga semakin berkurangan. dan beberapa hari yang lalu, sambutan hari raya telah diadakan. tidak seperti tahun-tahun sudah, dimana kami terlibat secara khusus seperti penyediaan lemang dan sebagainya, tahun ini kami hadir hanya untuk melihat suasana. dibawah adalah beberapa foto yang sempat diambil



menu yg tidak seberapa


shimi atau crazy frog ditengah-tengah. hampir-hampir dia "menongkah arus"


brader bersama seorang brader dari palestin


padia bajet nyanyi


brader baju ungu buat muka comel


perhatikan tangan si baju merah.. dan nilaikan sendiri


telah berkahwin.. menurut statusnya di FB

Friday, October 8, 2010

antara realiti dan fantasi.

sungguh menyentuh hati, menusuk kalbu, meruntun jiwa, membuai rasa dengan kalimah-kalimah yang di titipkan. mampu mengalir air mata dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. setiap kata yang dinukilkan laksana sebuah cerita yang ditulis oleh pujangga-pujangga seni dan sasterawan serta seniman-seniman agung di dunia.

pesanan kepada pembaca: baca berulang kali sehingga anda betul-betul memahami isi hati penulis. selami maksud sebenar penulis. hayati apa yang ingin disampaikan. anda pasti merasakan apa yang sepatutnya.

pesanan kepada penulis: karya anda sangat berkualiti yang memungkinkan anda menjadi seorang penulis seterusnya bakal mengganti sasterawan negara.