Saturday, March 31, 2012

hari jadi

ok, sebenarnya aku nak menulis kt blog aku, tapi lepas aku buka fesbuk, aku nmpak kat belah kanan tu ada tulis pasal harijadi,

baru aku tau yang hari jadi mad dien atau hafizuddin ni sama tarikh hari jadi yusri arif..
kah kah kah.. patut muka nak sama..


ok tu ja yg aku nak post. header tu aku yg buat, tapi aku admire kt penulis bawah ni. mantap bro.

Wednesday, March 28, 2012

pembaharuan yang ilmiah

asalamualaikum..
kenapa perlu diberi salam? selama aku menulis, jarang aku menulis salam pada permulaan. aku hanya menulis bermula dengan salam hanya untuk blog ini sahaja.
aku jarang menulis, dan ini membuatkan aku kekok untuk menulis.

tanpa banyak berbual, saya terus ke topik utama. menceritakan serba sedikit tentang gaya hidup saya selepas bergelar seorang graduan. bermula dengan praktikal, saya kurang suka jika menyebut praktikum,,,, yang bunyinya agak gay sedikit. maaf saya berbahasa lucah sedikit. hanya untuk memberi pemahaman kepada para pembaca.

ingin saya ceritakan serba sedikit tentang diri saya, ramai yang mengenali saya. tetapi dalam blog ini saya masih baru untuk bertapak. nama saya......tak perlu diperkenalkan sebab semua ahli-ahli blog yang digelar kutu-kutu oleh owner ataupun org yang memperkenalkan blog ini. saya amat terkenal dalam kalangan kutu-kutu ini. dengan berdada bidang, menjadikan saya jejaka paling hensem dan bergaya dalam kalangan kutu-kutu yang wujud dalam blog ini.

untuk makluman pembaca, ini adalah entri saya yang kedua selepas ape tah, saya kurang ingat. sila maafkan saya. ooooh. agak lari dari tajuk utama rupanya.

berbalik kepada perkara yang saya mahu ceritakan adalah mengenai kehidupan saya selepas bergelar graduan.

oleh kerana permohonan untuk bekerja dengan kerajaan saya tidak diterima hingga akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib di ibu kota. bekerja dengan syarikat swasta. dan demikian adalah cerita saya selepas bergelar seorang graduan.

tujuan sebenar saya menulis perkara-perkara penting tentang diri saya adalah untuk mengetahui tentang sahabat-sahabat saya yang juga ahli-ahli blog ini. saya sudah hampir putus hubungan dengan kawan-kawan semua. saya memohon supaya semua orang dapat memberitahu hal masing-masing selepas ini. saya merindui kalian semua. ( maaf saya tertacing )


sekian sahaja berita dari saya, maaf dipohon jika adanya bahasa yang tidak menyenangkan umat blog ini dan para pembaca. sekian sahaja hadis dari saya. minggu depan mungkin saya akan membuka surah baru.

Tuesday, March 27, 2012

nostalgia #rare

ni semasa BBQ tapi yg pakai baju putih tu babyface




yang bediri tu mcm bagus sangat je,








mntak tolong

tolong edit header jap. saya tak ade mase.

Wednesday, March 7, 2012

KOLEKSI GAMBAR RARE #1


tempat: dewan cenderawasih, EON
tarikh: sem 4 (kalau tak silap)
tentang gambar: semasa pertandingan rekacipta. ada sekeping gambar yang boleh dikira epik ada dalam simpanan aku. juga semasa acara ini berlangsung. jika ada permintaan aku upload.

nafnam biz kah kah kah

gambar kenangan


tidak ada apa yang nak diucap melainkan derai tawa sampai keluar airmata
kah kah kah

celaka

aku baru post.
trus tuka header.
ada kesedaran jugak kutu2 nih..
kah kah kah..

Tuesday, March 6, 2012

warkah untuk kawan-kawan

asalamualaikum......
semenjak dua menjak ni ramai yang dah tak ambik pot pasal blog ni..
dikesempatan ini saya ingin mengepost sesuatu..
agar blog ini tidak berhabuk dan bersawang..

oleh kerana semua kutu-kutu sudah berpisah dan mengikut haluan masing-masing.
mereka mungkin tidak ada masa dengan blog ni..

kebanyakan kutu-kutu yang menjadi watak-watak penting dalam blog ini sudah mempunyai kerjaya masing-masing. ramai yang dah tukar jenis talipon, dari sony biasa ke samsung apa tah. android la apa la. tapi tak ada sorang pun yang nak bersihkan habuk dalam blog ni..

ok...
dah bersih.. aku blah dlu..