Wednesday, March 28, 2012

pembaharuan yang ilmiah

asalamualaikum..
kenapa perlu diberi salam? selama aku menulis, jarang aku menulis salam pada permulaan. aku hanya menulis bermula dengan salam hanya untuk blog ini sahaja.
aku jarang menulis, dan ini membuatkan aku kekok untuk menulis.

tanpa banyak berbual, saya terus ke topik utama. menceritakan serba sedikit tentang gaya hidup saya selepas bergelar seorang graduan. bermula dengan praktikal, saya kurang suka jika menyebut praktikum,,,, yang bunyinya agak gay sedikit. maaf saya berbahasa lucah sedikit. hanya untuk memberi pemahaman kepada para pembaca.

ingin saya ceritakan serba sedikit tentang diri saya, ramai yang mengenali saya. tetapi dalam blog ini saya masih baru untuk bertapak. nama saya......tak perlu diperkenalkan sebab semua ahli-ahli blog yang digelar kutu-kutu oleh owner ataupun org yang memperkenalkan blog ini. saya amat terkenal dalam kalangan kutu-kutu ini. dengan berdada bidang, menjadikan saya jejaka paling hensem dan bergaya dalam kalangan kutu-kutu yang wujud dalam blog ini.

untuk makluman pembaca, ini adalah entri saya yang kedua selepas ape tah, saya kurang ingat. sila maafkan saya. ooooh. agak lari dari tajuk utama rupanya.

berbalik kepada perkara yang saya mahu ceritakan adalah mengenai kehidupan saya selepas bergelar graduan.

oleh kerana permohonan untuk bekerja dengan kerajaan saya tidak diterima hingga akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib di ibu kota. bekerja dengan syarikat swasta. dan demikian adalah cerita saya selepas bergelar seorang graduan.

tujuan sebenar saya menulis perkara-perkara penting tentang diri saya adalah untuk mengetahui tentang sahabat-sahabat saya yang juga ahli-ahli blog ini. saya sudah hampir putus hubungan dengan kawan-kawan semua. saya memohon supaya semua orang dapat memberitahu hal masing-masing selepas ini. saya merindui kalian semua. ( maaf saya tertacing )


sekian sahaja berita dari saya, maaf dipohon jika adanya bahasa yang tidak menyenangkan umat blog ini dan para pembaca. sekian sahaja hadis dari saya. minggu depan mungkin saya akan membuka surah baru.

4 comments:

Anonymous said...

penulisan ada bau-bau seseorang. walau apa-apapun, tahniah. jarang orang gunakan 'dalam kalangan'. biasa orang tulis ' di kalangan'.

bigbrother said...

sila semak buku tatabahasa dewan bahasa dan pustaka terbitan 2012.

Anonymous said...

betul la yang ko tulis tu. kata 'dalam' yang betul, bukan 'di'

deksnamai said...

kjap aku, kjap saya... mna ktagnti dri yg sebenar.. kah kah kah