Wednesday, April 15, 2015

Ubi.. The end of the story..

2012 last post dalam blog ni. Cerita yang tak berkesudahan.
Hari ini aku nak endingkan apa yang tergantung dulu. Setiap cerita mesti ada pengakhiranya.

Semua ahli dalam blog ni. Sekarang semuanya punya haluan sendiri. Mencari rezeki untuk sedikit kemewahan, untuk kesenangan dimasa hadapan. Ada yg berniaga, ada yang bekerja makan gaji. Yang kerja gomen pun mungkin ada. Aku pergi diamkan diri untuk kesekian kalinya.

Ok... Sambung.. Lepas tu semua ahli rombongan pergi ke cameron higlands. Tido semalam mkn madu lebah minumteh cameron. Lepas tu balik rumah masing-masing.

Itulah penamatnya kan. Sangatlah tak best. Menjemukan pembaca.
Lepas black, shidi menyusul, judin kemudiaanya, mukh selepas itu, mael meneuskannya, sahak kot. Tawel belom lg, padia akan datang, saigon dah. Watak sampingan masih membujang. Semua dh nmpk masa depan sendiri. Bur menghilangkan diri.

Yang selebihnya tak perlu kalian ambil peduli.

Itu sahaja... Biar aku tinggalkan sini dengan aman. Tidak ada yang tergantung lagi. Harap segalanya berjalan lancar. Kalian sudah punya kehidupan masing-masing. Biarlah segalanya sepi.....

Aku disini tak perlu kalian peduli.

Saturday, June 30, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 9

nak cari parking di tempat seperti ini pada hari cuti memang susah, masuk dalam kawasan tersebut, pusing-pusing akhirnya parking kat luar jugak.

oleh kerana terlalu excited nak mandi sahak dengan selambe bukak seluar tinggal boxer berjalan kearah tempat mandi. tetapi yang lain masih bersahaja dan dengan tenang duduk di kedai cendol dulu. mukh dengan cendol memang tak dapat nak dipisahkan, pantang ada nampak tempat cendol mesti nak berenti. yang penting awek yang jual cendol tu ada lesung pipit di pipi. comey kata judin.

disebabkan ada yang tak buat perseediaan awal untuk mandi maka terdapat sesetengah dari meeka tidak membawa pakaian mandi. pusing-pusing jumpa kedai yang jual seluar mandi. di kedai tu juga ada menjual buah-buahan. mael, miji, sahak dan yus berenti kejaap kedai tu nak beli seluar, 2 helai RM18. agak murah kata mereka. yang lain yang tak beli seluar beli buah mangga dengan jambu. makan sambil berjalan, kurang sikit adab mael ni kalau bab makan buah-buahan.

sudah menjadi adat bagi mereka, sampai di suatu tempat sahaja mesti bergambar, entah ke berapa ratus keping gambar yang mereka tangkap pun sudah tidak terkira.


sampai sahaja ke gigi air, sahak yang sudah berboxer membuat terjunan gaya penerjun olimpik yang baru belajar basic terjun, cantik terjunan dia, tapi malangnya terjunan tersebut kurang memuaskan kerana airnya agak cetek, namun begitu air terjun disitu sangat tinggi.
proses mandi manda diselesaikan dalam masa lebih kurang tiga jam, semuanya kelihatan gembira. tetapi ada satu peristiwa menarik semasa mereka mandi. yus telah di propose oleh tawel supaya ambik cuti pada hari isnin, dan hal MC diuruskan oleh mukh. pujuk memujuk dalam masa empat jam maka yus akhirnya setuju. uniknya cara dia bersetuju, tidak mengucapkan dengan kata-kata tetapi dengan memangggil mukh dan bertanya tentang MC. pandai main budak ni. semua nampak sangat hepi apabila yus dapat cuti isnin. masa yang ada makin bertambah. perangcangan seterusnya difikirkan bersama. dan keputusan yang diperolehi adalah dengan pergi ke cameron highlands. tapi perkara yang utama adalah cari tempat untuk mengisi perut dulu, masing-masing cuma bersarapan air gas dengan roti canai sekeping setengah.

selesai mandi mereka bergerak kekereta, sambil berjalan tu mereka berbincang tentang tempat makan untuk meerka makan tengahhari walaupun jam sudah menunjukkan angka 4 petang. mukh punya cadangan makan kat tempat yang mereka buat u turn tadi. nampak macam sedap. semuanya setuju. kali ini nampak mukh pula yang buat keputusan, walaupun tawel sudah melantik ban2 sebagai pengarah projek kerana beliau sendiri tak tahan daulat kerana penat dengan karenah mael yang keanak-anakan.

ayam bakar menjadi pilihan mukh, sahak ikan tenggiri bakar, judin ikan kerapu masak merah, mael kambing bakar sebelah, dan yang lain-lain makan dengan menu yang sangat sederhana. peliknya tawel bertambah sampai dua pinggan, yang anehnya dia cuma bayar untuk satu pinggan sahaja.

destinasi seterusnya ialah cameron highland.

ubi - bila gambar bercerita part 8

bangun-bangun!!!! jerit tawel dalam nada-nada manja ala-ala justin bieber baru lepas gosok gigi. mael yang awal bangun dan selepas memberi salam yang terakhir dalam solat subuhnya terus terkocoh-kocoh mendapatkan tawel. miji bangun kemudiannya. yang lain-lain masih lena dibuai mimpi dan yang paling teruk watak sampingan dan juga sahak. tidur kaki bersilang.

tanpa menunggu yang lain untuk bersiap, tawel buat keputusan dengan menggunakan veto yang ada pada dirinya, mengajak mael dan miji untuk ke kedai berhampiran untuk mencari sarapan untuk mengisi perut pada pagi itu. sebelum melangkah keluar sempat dia berpesan "aku balik nanti kalau tak siap lagi, aku sula sekor-sekor dengan batang penyapu makcik sebelah" mukh yang masih mamai dan pening-pening lantas bangun dan menganguk tanda hormat kepada tawel. kesan tapak kaki ban-ban masih ada di dada mukh akibat bergaduh malam tadi.

semua selesai mandi pagi kecuali watak sampingan yang masih berdengkur di pembaringan menunggu makanan tiba.

deruman keret masuk ke perkarangan rumah menandakan tawel dan yang lain-lain sudah balik, mael keluar kereta dengan bungkusan roti canai dan air bergas ditangan (maaf penulis sudah terlupa air apa yang dibeli, yang pasti, air itu bergas.) mungkin dengan keterbiasaan mael hidup di perantauan dan merasakan relevannya minum air bergas diwaktu pagi membuatkan beliau membeli menu sebegitu untuk santapan kawan-kawannya. disebabkan tiada pilihan, mereka makan dengan berselera sekali, kecuali watak sampingan yang masih berdengkur.

tidak lama kemudian black dan isteri tiba, mereka masuk kedalam rumah dengan sungguh beradap sekali. sangat sopan seperti baru sahaja menikmati kenikmatan malam pertama. tiada siapa yang dapat menjangka apa yang terjadi pada malam tadi. biarlah, lagipun mereka adalah suami isteri yang sah. semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. aminnnn.

semasa black dan isteri ada disitu, siisi rumah bagikan dirasuk, asyik bergelak ketawa sahaja. entah apa yang menyeronokkan pun tidak juga diketahui.

bagi menjimatkan masa, mereka semua mengambil keputusan untuk keluar awal pada pagi itu, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. selepas bergambar sebanyak mungkin diperkarangan rumah dan bersama pengantin baru, mereka bertolak dengan rancangan untuk pergi ke lata kinjang.

semasa perjalanan itu mereka sampai kebandar ipoh dan seterusnya menuju ke lata kinjang. ini kerana untuk menjimatkan masa disebabkan yus tidak boleh cuti untuk hari isnin. jadi lata kinjanglah tempat untuk bersuka ria pilihan mereka.

pusing punya pusing akhirnya tersalah jalan, tapi pada mulanya mukh yang juga driver kereta tawel menyangkan yus mahu makan disebabkan dia pusing dekat kedai makan yang nampak macam sedap, tapi sekadar untuk buat u turn sahaja. mukh terdiam. judin hanya senyum, tiada siapa dapat menyangka maksud tersirat senyuman judin itu.

sebelum masuk ke lata kinjang mereka berhenti untuk makan pada awal rancangan. tapi kedai makan yang dijumpai tidak kena dengan kemahuan dan kehendak masing-masing, akibatnya mereka teruskan perjalanan untuk ke lata kinjang. semuanya was-was mengenai jalan untuk ke lata kinjang. tetapi dengan keberanian tawel , dia beehenti untuk menanyakan arah jalan dengan seorang brader yang tengah bergayut dengan telefon di bawah pokok rambutan di pinggir jalan. muka brader tu macam baru lepas menangis, mungkin baru sahaja berjaya memujuk aweknya di telefon.

dalam setengah jam gitu sampailah mereka di lata kinjang.

Tuesday, June 12, 2012

Catatan Pelaut (Hari ke 50 di atas kapal)



Hari ni dan seblomnya...
sama saja..
laut membiru..
Engine berputar..
Propeller still ok..

Dah 50 hari aku atas laut, dan kini aku harap dngn disiplin aku, aku akan update aktiviti  yg aku jalani spnjang di atas laut..


Pagi
Pkol 2 pagi bilik aku dikejutkan oleh deringan talefon, aku slamber je x angkat sbb aku tahu kadet akn mngnkatnya..

cadet: SAA. kol for u..
Aku: ermmmm.....ok2

aku: helooo
orng yg kol: pls come to bridge righ tnow...(suara tegas)

aku dgn x gosok gg trus pg ke bridge..
ringkasan nya aku telah salah mnghantar dokumen dan chief mate pon mula tarik muka ngn aku...adessss

tgh hari
wat pe lagi klu x antar segala report..
report ke charterer,
report ke kompany,

smbil aku antar report aku pon berfesbuk sakan smpai muntah....kah3

lepas ja aku muntah2 layan fesbuk, aku pg kat komputer Captain, nasib baik la tgn ni gatai nk tgk email yg aku creat tuk captain, sekali aku tgk flight booking aku antar silap daaa........
abes aku abes, dah la silap antar dokumen pasl chief mate, otak aku berjalan mncari jalan kuar, sekali aku tertegk no fon agnet yg arrange tciket 2 daaa...apa lagi aku terus la kol..

kring2 kring

aku: hello this is griffin agent.
amoi ka melayu aku x tahu: yes, can i help you.


aku dng sefasih Becham dalam berbicara mngolah la ayat..

aku :  i speak from bnga kenanga, can u ples open the email that we sent to you..
Im just check with the email that i found the information was wrong.
Hla Thaung was booking from KL to Yangon not to KLIA, ant Chow Khai Low was booking from Bintulu to KLIA....Can you confirm the adjustment??

amoi ka melayu aku x tahu: OK, i will change that, Chow go to KLIA and Hla go to Yangon..


aku : ok, thanks


amoi ka melayu aku x tahu : you r welocome
click


Aku pon ngn muka x bersalah mnggu je email dari Griffin, dan trbukti kekhilafan aku dapat dibetulkan..

ptg
main pinpong tp takot ngn chief mate, rasa aku nk joging je kot...

malam
tido la tp sblom 2 aku layan cita dulu kot.....

ps:smbil dok update blog, kapten naik brigde daaa...sekali wa slamber katak je la update apa yang perlu sbb lepas ni dy nk guna gk....

Catatan Pelaut (Hari ke 51 di atas kapal)

Hari ni dan seblomnya...
sama saja..
laut membiru..
Engine berputar..
Propeller still ok. 


pagi
Aku bangun je aku terus kemas katil, kenapa aku jadi rajin kemas katil sbb captain dah sound direct kot, bilik aku serabut katanya...tp aku tgk ok ja...kah3


terus mlangkah aku ke galley (dapur kapal) tuk mncari sesuap sarapan..
aaaaa..dah jumpa, roti, telur dan jus...ngap terus tnpa bicara...


naik je bridge aku terkejut sbb aku terserempak ngn captain...aku berdebar gk la sbb jam di tangan dan dinding x memihak kepada aku..


dy wat selamber aku pon selamber je la..


tgh hari
keje byak la jgk sbb kena prepare untuk orng sign off, orng nk sig on lagi...byak keje bro..


print flight ticket and distribute to the right person...adessssssssssss
yg geram bila offsinger yg trima e ticket flight sgja syum kat aku....adesssss..syum sbb diorang dah leh tido lepas ni..cuti at least 2 month...amcam beb??sempoi x keje kapal.


ptg
still aku keje lagi dan tiba2, kapal blackout, loading jadi jem, loading pakai graviti, yg pasti aku x fahm pon...hu3


mlm
tido sbb penat sngt, tp aku tgk bola la dulu, grece lwn poland...bosan!!!!!

Catatan Pelaut (Hari ke 53 di atas kapal)



Sambil aku dok wat keja, cm na ntah aku trfikir ttg keinginan hati ini untuk memiliki kereta atau moto bg memudahkan perjalanan aku nnt.

Dok la congak gaji aku dan kesimpulannya aku ingin sngt nk pakai moto superbike cm gmbar kat bawah ni.
Harga dalam 33k, bayar muka aku pk lam 10k, bulan2 dalam 5 ratus dalam masa 5 tahun


Option yg kedua adalah memiliki kereta, yg ini aku x pasti sngt kereta apa yg patut aku beli, dari vios ke avanza, lepas 2 ke honda civic 1.8 dan 2.0, singah jap di area toyota wish, berlalu pergi ke suzuki switch...Dan dalam hal keta ni aku masih dilema..

Kalau lah au beli vios, harganya dalam 70k keatas, muka dalam 10k, bulan2 lam 7 ke 8 ratus. Masih mmpu lgi.
Kalau aku pakai civic, bulan2 dalam 1k lebih aku rasa, yg ni cm boleh ja...trbaik kot civic.tp cm x sesuai ja aku pakai civic........

Option ke 3 adalah beli kedua-duanya, beli vios paling murah dan beli superbike. Bulan2 aku kena habeskan 1k lebih..dalam Rm1200 untuk bayaran bulanan kedua2 kenderaan ini. Permulaan duit utk bayaran muka dalam 15k, 10k untuk vios dan lagi 5k aku bayar superbike. Ini mmg terbaik dari ladang.

ps: terpk jugak nk smpan duit...adessssssssssssss

Monday, June 11, 2012

notis

ubi ditangguhkan sementara, kerana blog sedang dibaik pulih, penulis agak sibuk dengan euro dan exxam.
tak boleh nak online sebab tak topup lagi internet untuk bulan ni.
sorry, abang besar dah arwah,
yang lain yang diinvite tu cepat-cepat la approve sebab qis dayana punya email dah invalid, aku tak tau la pulak password qis dayana tu berapa. jadi nak log in kena la log in dengan email yang aku send invitation tu.
sebarang kesulitan amatlah dikesali.

pastikan anda ada akaun di blogger.com