
oleh kerana terlalu excited nak mandi sahak dengan selambe bukak seluar tinggal boxer berjalan kearah tempat mandi. tetapi yang lain masih bersahaja dan dengan tenang duduk di kedai cendol dulu. mukh dengan cendol memang tak dapat nak dipisahkan, pantang ada nampak tempat cendol mesti nak berenti. yang penting awek yang jual cendol tu ada lesung pipit di pipi. comey kata judin.
disebabkan ada yang tak buat perseediaan awal untuk mandi maka terdapat sesetengah dari meeka tidak membawa pakaian mandi. pusing-pusing jumpa kedai yang jual seluar mandi. di kedai tu juga ada menjual buah-buahan. mael, miji, sahak dan yus berenti kejaap kedai tu nak beli seluar, 2 helai RM18. agak murah kata mereka. yang lain yang tak beli seluar beli buah mangga dengan jambu. makan sambil berjalan, kurang sikit adab mael ni kalau bab makan buah-buahan.
sudah menjadi adat bagi mereka, sampai di suatu tempat sahaja mesti bergambar, entah ke berapa ratus keping gambar yang mereka tangkap pun sudah tidak terkira.

sampai sahaja ke gigi air, sahak yang sudah berboxer membuat terjunan gaya penerjun olimpik yang baru belajar basic terjun, cantik terjunan dia, tapi malangnya terjunan tersebut kurang memuaskan kerana airnya agak cetek, namun begitu air terjun disitu sangat tinggi.

selesai mandi mereka bergerak kekereta, sambil berjalan tu mereka berbincang tentang tempat makan untuk meerka makan tengahhari walaupun jam sudah menunjukkan angka 4 petang. mukh punya cadangan makan kat tempat yang mereka buat u turn tadi. nampak macam sedap. semuanya setuju. kali ini nampak mukh pula yang buat keputusan, walaupun tawel sudah melantik ban2 sebagai pengarah projek kerana beliau sendiri tak tahan daulat kerana penat dengan karenah mael yang keanak-anakan.
ayam bakar menjadi pilihan mukh, sahak ikan tenggiri bakar, judin ikan kerapu masak merah, mael kambing bakar sebelah, dan yang lain-lain makan dengan menu yang sangat sederhana. peliknya tawel bertambah sampai dua pinggan, yang anehnya dia cuma bayar untuk satu pinggan sahaja.
destinasi seterusnya ialah cameron highland.
No comments:
Post a Comment