Thursday, June 7, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 5



pung pang pungm pang, sepuluh sekawan ini pun sampai di kampung sungai manik teluk intan. perkara pertama melangkah kaki ke balai ataupun khemah rumah kenduri adalah bergambar. masing-masing dengan gaya tersendiri, hanya dua orang sahaja yang tidak berbaju kemeja, sood dengan mukh, asalnya ada tiga orang, tetapi mael telah meminjam kemeja housemate tawel. yang lain semuanya berbaju kemeja, nampak segak semuanya, nak pergi makan ja pun.

walaupun semuanya melangkah dengan gaya bersahaja, tetapi masing-masing melangkah dengan perut yang sangat lapar, bertolak pukul 8 pagi dan sampai sekitar pukul 3 lebih. langsung tak bersarapan. dan setelah hasil GPS yus yang setiap kali akan azan ketika jumpa masjid dan GPS sampingan dari ban2. maka mereka SAMPAI JUGA KE sungai manik untuk menghadiri kenduri kawin sahabat mereka iaitu black ataupu khairul anuar.
dengan tidak sabar mereka masuk ke dalam khemah rumah kenduri.. terpandangkan menu disitu siapa pun pasti terliur, tambah-tambah dengan 10 sekawan ini yang tidak bersarapan sejak dari pagi. mael dan sood bertindak sebagai jurukamera yang dilantik oleh pengarah projek.

sangat berselera mereka semua makan, mukh tambah dua kali. memang jarang tengok mukh bertambah ketika makan. selalunya dia makan terlalu sopan, dan ketika ini boleh dilihat kitidaksopanan mukh ketika makan. lapas sangat barangkali. yang lain pun tidak kurang juga, tiada nilai kesopanan ketika makan semuanya ambil makanan bertimbun, melebihi yang selalunya makan. jika dilihat menunya memang agak pelik sedikit. sambal ayanm dan daging masak kicap memang selalu jadi menu utama di mana-mana kenduri kawin,. tapi yang peliknya adalah ikan bawal masak asam. jarang kita dengar ikan bawal dijadikan menu rumah kenduri. tapi inilah yang berlaku di sungai manik, rumah black.

lepas menu utama menjadi santapan ada pulak deserrt yang disediakan. buah tembikai dan aiskrim. tawel dengan aiskrim memang tak dapat dipisahkan. tengok muka yang comel mesti terbayangkan aiskrim.


comel kan
tawel ni memang comel kalau dalam bab makan ni. tengok pun dah tahu kan. ramai lagi yang sukakan aiskri ni, bukan tawel sorang ja.\

nampak macho pulak mamat ni dengan aiskrim


wajah yang menampakkan seribu satu masalah


kenyang sangat sampai tak mahu beralih tempat

selesai menjamu selera, mereka semnua bergerak kekhemah pengantin. itulah tujuan sebenar mereka datng ke sungai manik ini. untuk meraikan sahabat mereka di jingjang pelamin.

black dengan isteri nampak begitu anggun dan bergaya sekali di mahligai sehari ciptaan manusia. sangat bergaya. maklumlah ini adalah hari bersejarah bagi dia dan isteri. sangat cantik dan sama padan. terima kasih tuhan kerana mengurniakan mereka ini sebagai pasangan suami isteri, semoga mereka berkekalan hingga akhir hendaknya.

pasangan pengantin

dengan kehadiran 10 sahabat ini majlis ini sudah sampai ke tahap paling meriah. muka black sangat berseri-seri. sood yang amat bersemangat mengambil gambar membuatkan pasangan pengantin ini tersenyum sinis dan senyuman mereka memberihau semua hadirin bahawa mereka adalah pasangan pengantin yang istimewa pada hari tersebut. rakan-rakan yang lain sibuk menandatangan di depan dan tempat yang dikhaskan untuk tetamu yang hadir. maaf, tiada gambar.


tengok tanda dua jari dari pengantin perempuan itu. banyak maksud tersirat yang ngin dinyatakan kepada umum. dengan senyuman yang menampakkan gigi, baju pengantin yang sama warna, ini membuatkan keserian pengantin terlalu terserlah pada hari ini. tidak terlawan kejelitaan pengantin perempuan dan ketampanan pengantin lelaki dengan hadirin yang datang.
tidak sah kalau mereka tidak bergambar. lokasi bergambar diatas ialah depan meja pengantin. dalam tidak sedar. atau dalam keadaan yang tanpa pengetahuan sahabat-sahabat yang lain, judin dan mukh serta tawel telah makan anggur yang dihidangkan kepada pengantin sampai habis. tu belum masuk buah limau dan lain-lain lagi. memang kepakaran judin dan sahak kalau buat sesuatu tanpa kesedaran orang lain.watak sampingan sekadar mengikut sahaja, kalau orang bergambar, dia pasti ada. mungkin dia tidak sedar bahawa dia hanya watak sampingan.

sebagai kenag-kenangan dan untuk meninggalkan kesan di suatu tempat, gambar memang amat penting. dan bagi meraikan pasangan pengantin yang salah seorang sahabat mereka, gamba yang pasti yus akan simpan dalam wallet perlu diambil. gambar bersama pengantin. jutaan terima kasih kepada pengantin lelaki kerana menjemput sepuluh sahabat ini.

nampak seperti pendekar ataupun penghulu?


berangan nak jadi pengantin

keluarga pengantin perempuan KOT.

puas bergamba dengan pengantin mereka ini semuanya bergerak keluar dari perkarangan rumah pengantin. nak cari hadiah kata mereka. hanya watak sampingan sahaja yang sudah membeli hadiah siap-siap. mungkin dalam keadaan ini dia sedar siapa dirinya.


dengan perut yang kenyang mereka melangkanh ke kereta. meninggalkan janji bahawa akan kembali kesitu pada malam nanti.

(dah kena sound dengan seorang kutu, mengenai bahasa dan perkara, sorry bahasa kesat dikurangkan)

2 comments:

deksnamai said...

adesss sama pulak gamba dengan yang bawah. sorry-sorry

maell said...

ooo baru aku paham