Saturday, June 30, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 8

bangun-bangun!!!! jerit tawel dalam nada-nada manja ala-ala justin bieber baru lepas gosok gigi. mael yang awal bangun dan selepas memberi salam yang terakhir dalam solat subuhnya terus terkocoh-kocoh mendapatkan tawel. miji bangun kemudiannya. yang lain-lain masih lena dibuai mimpi dan yang paling teruk watak sampingan dan juga sahak. tidur kaki bersilang.

tanpa menunggu yang lain untuk bersiap, tawel buat keputusan dengan menggunakan veto yang ada pada dirinya, mengajak mael dan miji untuk ke kedai berhampiran untuk mencari sarapan untuk mengisi perut pada pagi itu. sebelum melangkah keluar sempat dia berpesan "aku balik nanti kalau tak siap lagi, aku sula sekor-sekor dengan batang penyapu makcik sebelah" mukh yang masih mamai dan pening-pening lantas bangun dan menganguk tanda hormat kepada tawel. kesan tapak kaki ban-ban masih ada di dada mukh akibat bergaduh malam tadi.

semua selesai mandi pagi kecuali watak sampingan yang masih berdengkur di pembaringan menunggu makanan tiba.

deruman keret masuk ke perkarangan rumah menandakan tawel dan yang lain-lain sudah balik, mael keluar kereta dengan bungkusan roti canai dan air bergas ditangan (maaf penulis sudah terlupa air apa yang dibeli, yang pasti, air itu bergas.) mungkin dengan keterbiasaan mael hidup di perantauan dan merasakan relevannya minum air bergas diwaktu pagi membuatkan beliau membeli menu sebegitu untuk santapan kawan-kawannya. disebabkan tiada pilihan, mereka makan dengan berselera sekali, kecuali watak sampingan yang masih berdengkur.

tidak lama kemudian black dan isteri tiba, mereka masuk kedalam rumah dengan sungguh beradap sekali. sangat sopan seperti baru sahaja menikmati kenikmatan malam pertama. tiada siapa yang dapat menjangka apa yang terjadi pada malam tadi. biarlah, lagipun mereka adalah suami isteri yang sah. semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. aminnnn.

semasa black dan isteri ada disitu, siisi rumah bagikan dirasuk, asyik bergelak ketawa sahaja. entah apa yang menyeronokkan pun tidak juga diketahui.

bagi menjimatkan masa, mereka semua mengambil keputusan untuk keluar awal pada pagi itu, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. selepas bergambar sebanyak mungkin diperkarangan rumah dan bersama pengantin baru, mereka bertolak dengan rancangan untuk pergi ke lata kinjang.

semasa perjalanan itu mereka sampai kebandar ipoh dan seterusnya menuju ke lata kinjang. ini kerana untuk menjimatkan masa disebabkan yus tidak boleh cuti untuk hari isnin. jadi lata kinjanglah tempat untuk bersuka ria pilihan mereka.

pusing punya pusing akhirnya tersalah jalan, tapi pada mulanya mukh yang juga driver kereta tawel menyangkan yus mahu makan disebabkan dia pusing dekat kedai makan yang nampak macam sedap, tapi sekadar untuk buat u turn sahaja. mukh terdiam. judin hanya senyum, tiada siapa dapat menyangka maksud tersirat senyuman judin itu.

sebelum masuk ke lata kinjang mereka berhenti untuk makan pada awal rancangan. tapi kedai makan yang dijumpai tidak kena dengan kemahuan dan kehendak masing-masing, akibatnya mereka teruskan perjalanan untuk ke lata kinjang. semuanya was-was mengenai jalan untuk ke lata kinjang. tetapi dengan keberanian tawel , dia beehenti untuk menanyakan arah jalan dengan seorang brader yang tengah bergayut dengan telefon di bawah pokok rambutan di pinggir jalan. muka brader tu macam baru lepas menangis, mungkin baru sahaja berjaya memujuk aweknya di telefon.

dalam setengah jam gitu sampailah mereka di lata kinjang.

No comments: