Wednesday, June 6, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 2

balik sahaja dari ofis, aku terus pulang kerumah. agak sibuk sikit hari ini, sebab aku nak siapkan kerja yang tertangguh, cuti untuk hari isnin sudah pun diapprove oleh bos aku, sampai sahaja di rumah aku tengok jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 7 petang. "dah nak maghrib rupanya. aku text dekat tawel, " aku pergi putrajaya terus" aku text pula dekat sood " aku tak turun kat bangi, korang gerak putrajaya terus".

aku baring-baring kejap, malam nanti aku gerak, letih sangat kerja yang bertimbun sudah disiapkan. lega sikit aku rasa.

dalam pukul sembilan lebih aku gerak dari rumah. pergi ke ampang. jalan-jalan dulu, nak pergi ipoh besok, bukan malam ni. entah siapa yang sampai putrajaya dulu pun aku tak tahu.

train yang akhir ke putrajaya pukul 11. dan aku terlepas train tu. takkan aku nak cakap kat kawan-kawan yang aku terlepas train. mesti cari alasan ni. dalam pukul 1 lebih aku call tawel.
katanya semua dah ada cuma tinggal mukh, judin dengan yus yang belum sampai. esok katanya diorang akan sampai. aku pun cari helah yang sesuai untuk mengelirukan mereka. aku cakap aku kat rumah kawan aku. ada parti. hakikatnya aku terlepas train yang akhir untuk ke putrajaya. yang sedihnya dengan selamba sahaja tawel cakap kalau aku sampai lewat aku akan ditinggalkan. memang tak ada sivik betul si tawel ni. aku ambil keputusan balik kerumah dulu, dinihara esok baru aku akan gerak. apa nak jadi pun jadi lah.

jam 6 pagi aku bangun. aku bangun awal sebab tak nak ditinggalkan, tapi masalahnya train awal pagi adalah pukul 7. jadi nak tak nak terpaksa juga aku sampai awal ke putrajaya jika tak mahu ditinggalkan. kalau aku tak ikut percutian ini, rugilah cuti aku pada hari isnin nanti.

aku ambil bas dan terus ke putrajaya. alhamdulillah awal aku sampai, kawan-kawan aku masih belum gerak lagi. yus entah dimana belum sampai lagi pun.

aku masuk rumah tawel dengan tidak mengetuk pintu. masuk sahaja aku nampak shidi, sahak, miji, soot, tawel, housemate tawel dan seorang lagi watak sampingan dari johor. malas aku nak sebutkan namanya. sebab dia adalah watak sampingan sahaja.

aku nampak mukh dengan judin. eh, aku sampai dulu dari diorang ke diorang samapi dulu dari aku? aku blurrrrrrrrrrrrrrrr

4 comments:

Anonymous said...

nih si batu ke yang cerita??

maells said...

woit ood ko maen sebat je cite aku

Anonymous said...

menipu nih si batu..damn la..huhuhu

Anonymous said...

Haha..watak sampingan abah dye..:))