Thursday, June 7, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 4





perjalanan yang membosankan pun diteruskan, bermula depan kedai di flat tawel kami masuk dalam kereta. disebabkan kereta hanya ada dua iaitu kreta yus dan tawel maka group dibahagikan kepada dua. aku naik kereta yus bersama yang lain. sebagai watak sampingan ini crita aku.

kami bertolak pukul 8.30 dari putrajaya menghala ke highway. tawel yang memandu keretanya berada didepan mungkin disebabkan dia tahu jalan ke ipoh. alah kalau ikut highway aku sendiri pun tahu cuma kenalpasti exit mana saja. kami berenti dekat shell dan tawel isikan minyak di keretanya, sementara kami yang di dalam kereta yus keluar cari makanan sebab tak bersarapan pada pagi ini. merekA YANG ADA DALAM KERETA TAWEL AKU TENGOK RILEK SAHAJA, MUNGKIN SEMUA TU DAH NIAT PUASA STENGAH HARI KOT. (alamak, tercapslock pulak). sampai dekat behrang kami dapat info dari watak yang tak berkenaan (lebih kurang macam aku saja, aku watak sampingan tapi aku ikut trip ni, watak yang tak berkenaan ni tak ikut trip ni) yang jalan dari behrang kot yang jem. tawel suruh keluar ikut rawang, entah mana-mana yang tawel ni suruh pergi.

yus yang punya GPS mendahului kereta tawel, cari jalan ke ipoh. dengan GPS yus dan ban2 yang bertindak sebagai GPS sampingan kami cari jalan ke ipoh. jalan yang kami ikut jalan yang benar tapi, sampai kat roundnout tawel entah kemana-mana. tapi aku yakin dengan sood yang bersama tawel dan yang lain dalam kereta tu, tak susah untuk mereka menjejaki kami. sood kan dah hafal google map. dalam sepuluh minit lebih kurang, kelibat kereta tawel pun kami nampak, kami meneruskan perjalanan dengan sedikit kelaparan.

(semetara itu di teluk intan)

siap sahaja pakai tengkolok ni bermakna lengkaplah pakaian pengantin aku ni. ahri ni adalah hari bersejarah bagi aku. aku akan bersanding dengan isteri tersayang dirumah sendri. pengantin perempuan akan sampai dalam pukul dua nanti. yang kawan-kawan aku dari putrajaya ni kemana pulak tak sampai-sampai lagi. sepatutnya dah sampai ni. rumah penginapan yang dalam bahasa inggerisnya HOMESTAY sudah aku tempah awal-awal untuk penginapan kawan-kawan aku. semua datang dari jauh untuk melihat persandingan aku.

pengantin perempuan sampai tepat pada masanya, tapi kawan-kawan aku belum sampai lagi, ikut prosedeur la. nak tunggu kawwan-kawan entah bila mereka sampai. bersanding kejap sambut pengantin perempuan pastuaru makan, lapar sungguh ni. ingat raja sehari tak lapar?

(situasi semasa)

info yang kami terima adalah kawasan yang sesak adalah kawasan tapah. jadi kami masuk highway semula sebelum slim river. ingatkan situ tak jem, tapi jalan jem macam biasa. sesak sangat. perut pun dah lapar sangat ni. jadi ban2 suruh yus masuk line sebelah kiri, yus ikut dan telefon tawel suruh iku lorong yang sama, tawel yang tak berapa yakin tanyakan yus samaada nak bayar saman untuknya ataupun tak dan jawapan yang diberi yus menggembirakan tawel. dengan yakin tawel masuk lorong kiri laju pulak tu.

tak berapa lama kemudian kami keluar ikut exit teluk intan. tengok signboard macam tak jauh sahaja lagi, tapi disebabkan yang pernah pergi rumah black lupa jalan, maka kami berhenti dekai deretan kedai sambil isap rokok sebatang dua. yang lain isap rokok dan rilek-rilek kejap, sood tekun sangatmain game dekat i pod miji. sampai tak sedar kat mana berada.

benda wajib ketika berhenti adalah bergambar, takkan nak teruskan perjalanan macam tu sahaja dengan tak meninggalkan kesan. gamba mesti ambik, benda wajib tu.

kami tanyakan kepada seorang musafir dkat deretan kedai tu dia cakap ikut signboard UITM seri iskandar kalau nak ke sungai manik. aku ingatkan sungai manik yakni rumah black tu dekat sahaja tapi jumpa signboard 36 kilometer lagi. mak aih, jauhnya. perut dah bernyanyi ni. mau tiga empat pinggan aku sebat nanti.

perjalanan diteruskan dengan mukh menjadi driver kereta tawel dan mael naik kereta tawel menggantikan tawel yang naik kereta yus. mungkin sebab nak bermanja dengan ex-ex rumate dia iaitu yus dengan sahak. sudah lama tak berjumpa,dan sekarang adalah masanya. dalam hati aku agak risau sebab aku dah watak sampingan jemputan pun tak dapat. aku tanya yang lain semuanya dapat kad jemputan dari black. aku sorang sahaja yang tak dapat, entah halal ke tidak kalau aku makan nanti.

(sebagai watak sampingan aku ada sedikit bangga kerana ada satu entry untuk aku.)

1 comment:

ejamensem said...

nak cakap sikit eh....umah saye bukan flat oke...apartment :)) nama rasmi Apartment 5R4....huh....