Wednesday, June 6, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 3




letih aku macam ni. yus pulak tak dapat cuti isnin. yang lain semua dah dapat cuti isnin. yang dari johor dapat jugak cuti isnin tapi nasib baik diorang ni tak kisah kalau balik hari ahad dari ipoh. tapi yang jadi masalahnya yang tinggal jika ditolak budak-budak johor dengan yus jadi enam orang. macam mana nak teruskan program untuk hari isnin nanti. kereta aku cuma dapat bawa 5 orang. kalau naik 6 orang dalam kereta aku nanti jumpa polis macam mana? sood cakap nak cari jalan penyelesaian, tapi dia macam rilek saja. yus pulak tak makan dipujuk. makin dipujuk makin menjadi pulak budak ni sorang. nasib bekas rumet aku saja, kalau bukan bekas rumet dah lama kena ayat-ayat manja dari aku. aku dah tak boleh fikir ni.

sood dengan miji sampai dalam pukul 9 lebih, dalam pukul 11 nanti aku nak kena ambil budak-budak dari johor pulak. yang mael ni entah dimana pun aku tak tahu. mukh dengan judin ni pulak entah kemana-mana budak dua ekor ni. pening kepala aku. nasib sood dengan miji sampai awal, senang nak buat perancangan. esok dah nak gerak dah ni. risau pulak aku. macam mana nak jalankan program ari isnin ni. ah. malas aku nak fikir.

khusyuk pulak sood dengan miji layan cite super spontan dengan versus tu. yang si sood ni selamba dan tenang ja main game dengan i phone. aku dah pening kepala ni diorang tak paham ke?

pukul 11. masih belum ada tanda-tanda budak johor ni nak sampai. pukkul berapa pulak budak-budak ni nak sampai? pening aku makin bertambah.

pukul 12 lebih baru sahak call aku suruh ambil dekat putrajaya sentral. lambat betol budak johor ni buat kerja. mungkin dengan berat badan ban-ban kot bas lambat bergerak. aku keluar ambil budak-budak johor ni dan aku tengok sood dengan miji selamba ja, macam tak ada apa-apa. tak paham aku dengan pasangan ex rumet berdua ni. lepas ambil budak-budak johor ni dan masuk kebilik, aku ajak diorang pegi makan sebab aku tahu sood dengan miji belum makan lagi, tunggu badigol dari johor la. lembap!!! dengan tenang sahaja sood cakap, tengok super spontan bagi habis dulu, lepas tu baru kita pergi makan. eh! selamba sahaja mamat ni. dia bukan tahu yang kedai bawah tu tutup pukul berapa. nanti kelaparan dia juga yang nak mengadu.

selesai sahaja diumumkan pemenang super spontan tu aku terus ajak bebudak ni turun untuk makan di gerai bawah flat aku ni. tak jauh pun dekat ja, jalan kaki pun belum tentu lagi sempat untuk letih.sampai sahaja disitu semua order makanan macam lapar ja sekor-sekor aku tengok. tak lama kemudian, mael telefon, aku cakap kalau lambat kami tinggal. aku dak agak yang mael ni mesti cuak dengan ayat aku tu. dekat pukul 1 lebih kami nak pergi bayar, ban2 cakap tunggu rokok sood abis dulu sebab dia yang last sekali bakar rokok.

masa nak bayar tu banban buat muka comel dekat anak tuan punya kedai. tapi yang ajaibnya muka comel banban tu membuatkan sikecil tadi mraungraung menangis. nampak sangat yang banban ni memang tak comel macam aku.

masuk sahaja dalam rumah aku rasa betul-betul ngantok aku cakap kat budak-budak ni yang aku masuk tidur dulu, kalau layankan budak-budak ni sampai esok pun takkan habis.

pukul tiga aku tengok jam. aku nak terkencing, keluar ke ruang tamu, tengok yang ada cuma miji tengah tidur yang lain entah kemana, malas aku nak cari, aku masuk tandas buka seluar dan kencing, lama jugak aku kencing, tak tengok jam pulak berapa minit. aku dengar orang bersembang kat luar, budak-budak ni isap rokok kot aku fikir. akibat rasa mengantok yang amat sangat aku terus masuk tidur. malas nak melayan budak-budak tu.

(situasi di koridor depan rumah tawel)

sahak meluahkan perasaan mengenai hubungannya dengan bekas awek. dia cakap bekas awek dia tinggalkan dia sebab ada pakwe naik mercedes, dengan gaya sahak bercerita ni semua orag dapat menjangka bahawa sahak bakal pakai kereta lamborgini suatu hari nanti.

puas bercerita di koridor mreka semua masuk dalam rumah, baring-baring dan bergosip tentang artis-artis yang lawa di Malaysia, sambil tengok perlawananantara rusia dan itali. terukbetul game itali malam tu.hempir pukul 5 lebih-lebih, mereka semua pun tertidur.

(balik situasi aku)

aku bangun awal pada pagi itu, sebab kalau bukan aku yang bangun awal nak harapkan siapa lagi, hari ini nak berjalan jauh kot. kalau gerak lambat maka lambatlah kami akan sampai. aku kejutkan semua yang ada suruh mereka mandi, seorang pun buat tak endah. yang mael ni entah nak ikut ke tidak. tak sampai-sampai lagi.mukh dengan judin ni pulak macam mana?

mukh dengan judin sampai buat muka letih, tak tidur semalaman kata mereka. yang lain sudah siap-siap mandi. tak lama kemudian mael pula yang sampai. sahak dengan rajinnya ironkan semua baju yang nak dipakai termasuk sekali dengan baju housemate aku untuk pergi kerja. mate aku memang rajin dalam iron baju ni. tapi kalau iron rambut memang kepakaran dia.
mukh dengan judin sambung tidur kejap sambil tunggu si yus yang entah dimana-mana.


nampak kan keletihan mamat dua ekor ni. tu lah akibatnya kalau suka sangat keluar malam cari mangsa. suka sangat buat benda-benda yang tak berfaedah lewat-lewat malam.orang lain tengah sibuk senang-senang sahaja budak 2 ekor ni bantai tido.

dapat sahaja info dari yus yang dalam perjalanan, dan beberapa minit lagi akan sampai, aku sebagai pengarah projek hasil lantikan diri sendiri mengarah budak-budak ni turun tunggu yus kat bawah. nanti kalau yus naik kerumah, entah pukul berapa baru boleh bertolak ni.

aku bawa kereta pergi cari yus dan sebagai pengarah projek hasil lantikan diri sendiri suruh budak-budak ni pergi dekat kedai depan apartment aku ni tunggu kat situ.



tidak berapa lama tunggu, yus pun sampai buat muka senyum-senyum macam mat salleh baru dapat basikal fixi. comel sangat muka yus macam tu. aku ada sedikit jeles sebab sebelum ni akulah yang paling comel diantara mereka. dengan tak membuang masa kami tidak bersarapan pada pagi itu. terus bergerak ke teluk intan. aku sendiri yang drive, judin, mukh, sood dan miji naik kereta aku. yang selebihnya naik kereta mael. eh!, mael mana ada kereta. kereta yus sebenarnya. kami bergerak dengan rasa yang bersemangat sekali, tambah-tambah mukh dengan sahak. dah macam kawan rapat pulak aku tengok. mesra semacam. risau aku.

3 comments:

deksnamai said...

macam ni baru la pengarah projek yang berkaliber.

maells said...

awell begitu besar pengorbanan mu

Awell said...

Cerita pasal aku..napa tak letak gmba aku sorg2 jerk..huhuhu..nk kne penulis nih..sila letak di atas skali ye :D baru org knl nnti..hahahahha :))