Wednesday, June 6, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 1


trettt, trettt, telefon aku berbunyi. aku tengok jam di telefon. menunjukkan angka 6.00 pagi. tepat.

"hello"
"hello, aku dah sampai kajang ni"
"ok tunggu 5 minit"

aku bangun dari katil , lantas mencapai tuala dan bergegas ke bilik air. cuci muka sikit, tengok cermin, taik mata dah tak ada. masuk kebilik ambil kunci dan helmet dua biji.

enjin moto RXZ dihidupkan. menderam bunyinya. masuk gear satu mto bergerak perlahan. masuk gear dua, lajulah moto tersebut.
tak sampai 5 minit aku dah sampai stesen bas kajang. aku tunggu dekat platform 5 dekat sangat dengan dengan kedai 7 eleven dan kedai mamak. aku tunggu kejap. tak nampak pun orang yang dicari. aku telefon dia.

"hello ada kat mana"
"mu ada mana"
"sebelah kedai 7 eleven ni"
"jap, aku cari"

aku pusing stesen bas kajang tersebut hampir 5 kali, masih tak berjumpa. aku dah naik pelik. bukan besar sangat pun stesen bas kajang ni. aku hantar mesej suruh dia telefon aku balik. kredit aku tak banyak mana sangat sebab yangada ni pun aku buat advance kredit ja.

"hello, aku rasa aku dah salah turun ni"
"hang turun mana?"
"putrajaya sentral"
"adess jauh tu, ok nanti aku cari"

aku pusing moto menghala kearah putrajaya sentral, tapi aku tak tahu kat mana putrajaya sentral tu. yang aku tahu cuma alamanda saja dekat putrajaya ni. sampai dekat alamanda aku termenung seorang diri, dan tiba-tiba ada seorang brader melintas jalan bawa helmet. aku panggil dia.

"bang, putrajaya sentral kat mana bang?"
" jauh tu dik, ni kat presint 16, putrajaya sentral tu dekat presint 9, adik kena pusing balik dan cari bangunan hijau dan sebelah tu lah putrajaya sentralnya"
"ok bang terima kasih"

dekat kata-kata brader tersebut aku cari presint 9 ikut signboard. tak lama kemudian aku jumpa jugak putrajaya sentral tu. aku telefon dia cakap aku kat atas ni dia angguk. tak lama kemudian aku nampak kelibat dia, rambut panjang, makin gemuk sikit dari dulu.

ingat lagi aku masa pertama kali aku bertemu dia, masa mula-mula daftar kolej di UUM, mula-mula aku masuk bilik aku nampak dia pakai kopiah dengan kain pelikat sedang sembahyang zohor. dengan jambang yang tebal, membuatkan aku berfikir yang dia ni mungkin tabligh sebelum masuk UUM ni. aku berkenalan dengan dia sesudah dia selesai menunaikan sembahyang zohor. tarmizi namanya, aku panggil dia miji, walaupun banyak gelaran yang dia dapat, aku masih memanggilnya dengan nama miji. masa mula-mula bersembang tu, sepatah haram pun aku tak faham apa yang dia cakapkan, almaklumla, dia orang terengganu dan aku pula orang kedah. sukar untuk berkomunikasi pada awal perkenalan kami. tapi setelah agak lama, masing-masing memahami dialek masing-masing. hampir setahun lebih aku tak jumpa dia.
dah banyak berubah dari segi fizikal ddia, tapi dari segi pemakaian masih di tahap lama. tetap dengan perangai lama dia, berstatus unknown kata mael. dia banyak membantu aku semasa dalam trip ni.

aku bawa dia ke Bangi untuk sarapan, smbil bersarapan tu kami bercerita mengenai, isu-isu semasa jarang kami berbual mengenai perkara lama yang sudah dikategorikan sebagai kenangan. kedai azura nama tempat yang kami bersarapan. lepas sarapan aku bawa dia pusing-pusing UKM dan sampai ke tasik UKM. tasik ni aku tak pernah sampai sebelum ni, cuma dengar kewujudannya dari seorang classmate aku sahaja, dan hari ini aku sampai kesini.

sambil berbual di tasik tersebut dia mengeluarkan dua buah buku yang bertajuk "mautopia" karya riduan saidi dan "langit vanilla" karya wani ardy. aku belek-belek buku tersebut kerana buku tersebut juga buku yang aku ingin baca. tiba-tiba dia keluarkan samsung Sii dan i phone kot. lepas tu dia keluarkan blackberrynya. aku terfikir dalam hati, bila agaknya aku dapat menggunakan gadjet yag sebegitu sedangkan dia sudah punya 3 biji. aku ambil i phone tu dan main game. dan sepanjang perjalanan kami, iphone tu adalah peneman aku.

agak lama juga kami ditasik kami balik ke bilik aku, sembang-sembang dan layari internet. apabila jam menunjukkan pukul 1 tengah hari, kami bersiap-siap untuk ke masjid, semayang jumaat boh.

lepas jumaat kami pergi ke alamanda dengan seorang awek, ros namanya, kami pergi dengan kereta myvi kepunyaan ros. tengok wayang, cerita snow white.

kami mengisi perut untuk tengah hari pada pukul 5 petang di food court alamanda. ayam penyet jadi santapan kami.

dalam waktu maghrib, aku dapat info dari tawel yang mael akan terus ke putrajaya, tidak turun stesen komuter bangi. aku dengan miji keluar pegi makan sate dulu. tak lama kemudian dalam pukul 8.30 kami gerak ke putrajaya untuk bertemu dengan yang lain-lain.

(agak sarkastik sikit tulisan aku kali ini)

1 comment:

Anonymous said...

perlu ka ada nma 'ros' di situ???