Tuesday, December 29, 2009

disini

sedikit amarah
sedikit seranah

sedikit herdikan
sedikit jelingan

sedikit airmata
sedikit rasa kecewa

sedikit nasihat
sedikit tekad

sedikit belaian
sedikit kasih sayang

lalu kembali aku kesini....

Monday, November 2, 2009

pesanan untuk warga blog

blog ni ditubuhkan untuk menceritakan pengalaman budak2 eon atau lebih spesifik lagi warga sem 5 atau geng 12 atau yg sewaktu dengannya...
tapi yg menghairankan i8alah terdapat sesetengah pihak menggunakan blog ini untuk kepentingan tertentu..
namun begitu ada juga yg rasanya tiada kaitan dengan blog ni tapi rasa macam dia tu penting la...
suka sangat post benda yg ntah apa2..
benda yg merapu yg x munasabah kalau di ikutkan perasaaan dan x logik rasanya jika di pikirkan dengan kepala otak..
diulang....
blog ni bukan blog persendirian...
jangan wat blog ni macam blog individu...
terutama FATAH..
dah la post yg ntah apa2..
dia tu dah x da kaitan..
bajet org penting...
post lak nk ngutuk para2 kutu2 ja..
dah la fatah...
nk post macam tu baik wat blog sendiri la...
hahaha
maaf kalau menyakitkan ati...

maaf sekali lagi...
post ni sebagai peringatan saja..
sekali lagi diingatkan..
post ini untuk mengingatkan sahaja...
semua orang jangan ambil hati...
kecuali fatah...

NTAH APA-APA...

diharapkan selepas ini bloog ni akan terus maju..
jangan post nk ngutuk orang ja..
jangan gunakan blog ni untuk kepentingan sendiri..
jangan mengarut...
akhir sekali...
jangan jadi macam FATAH...
hahahahaha

p/s: untuk melihat blog persendirian yg salalu diupdate, sila kesini,

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN DAN SEMOGA BERJAYA KUTU-KUTU SEKALIAN.

Saturday, October 31, 2009

brother² penting dibawahnaunganabangbesar

SENARAI TERBARU SINDIKET DIBAWAHNAUNGANABANGBESAR

PRESIDEN A.K.A PENAUNG
mizi a.k.a cik embong a.k.a bigbro ♥

PRESIDEN WANNABE
zulhilmi not zulkun a.k.a padia a.k.a bro bob ☻

PRESIDEN RIBENA
hafizudin a.k.a juden a.k.a bro den ☺

PRESIDEN ROYAL
mukhlis a.k.a roy a.k.a bro muk ♠

PRESIDEN BLUES
shahrul a.k.a so'od a.k.a bro 'od ♣

PRESIDEN FARM
zarul not capelin a.k.a tawel a.k.a bro awel ♦

PRESIDEN PES
ishak a.k.a sahak a.k.a bro hak §

PRESIDEN OLD
ismail a.k.a mail a.k.a bro 'eal ◙

PRESIDEN STRIKE
rasidi a.k.a baban a.k.a bro di ♀

PRESIDEN BUBUR
rahim a.k.a bur a.k.a bro bur ╔


p/s: pada kutu² yg ada masalah boleh refer brother² kawasan
masing² atau direct dgn penaung.


Thursday, October 29, 2009

saya nampak awak...



indah nian ciptaan tuhan...
kamu disitu..


Monday, October 26, 2009

NAPE BLOG NI SUNYI??

weh ape da jadi ni?? mana kutu2 yg len?
xde post pape cerita ke?| blog pun x updated.
aku tengok lepas laptop embong rosak terus sunyi blog ni..
jgn ler nak harapkan kat cik embong sorg je.huhu..
mana abe juden,big bro padia,sood or tawil??
naseb baik la ada abg sahak ni jgk yg bulih di harap.hehe..

Wednesday, October 7, 2009

'Red Warroir' sEri & mEnaNg

keputusan Piala Malaysia semalam
sELaLu uLasaN EPL jE..jOm PiALa MaLaysiA pLk...

gua tgk korg asyk dok prebiu game EPL je so bila la bola sepak tanah air kita nak maju...mmg la gua pun kecewa ngn bola sepak kita..tp kita semua mmg patut la bg support .tp gua kat sini bukan nak merepek paSAL bola sepak kita cuma gua nak buat ulasan sikit pasal Piala Malaysia sekarang yang hangat.(walaupun x hangat tp gua saje nak hangat2 kan.huhu) pasukan pilihan gua yg sememangnya di kenali ngn 'Red Warrior' kalu kat EPL Man Utd tp kalu kat Malaysia ni Kelantan.

Kalu kat Old Trafford 'Red Warrior' seri 2 sama ngn team yg x seberapa tp semalam kat Malaysia 'Red Warrior' menang tanpa ada arang melintang apabila si Kijang dapat melompat 2 kali ke atas Harimau Kumbang. Haha.. yg gua nak gelak si karnivor tu tewas kat tgn si omnivor.hahaha..

Semalam gandingan mantap wayne rooney (indra putra) dan ryan giggs (khalid jamlus) begitu menjadi. ini adalah kemenangan ke-4 berturut-turut Pak Alex (Pak Tia) yg baru mgemudi 'Red Warrior'. Ape2 pun tahniah pd Pak Tia yg x pernah kalah. Arap hangpa semua dapat non julang Piala Malaysia. Kita jupe d Aloq Staq hari Sabtu nnti apabila si kijang nak meratah si kenari yg sekarang terbang sayap sebelah.hahaha..

SEKIAN MAJULAH BOLA

Sunday, October 4, 2009

abang bob 'real' dah sampai..


abang bob dah sampai..


memasuki pintu besar sampai d sambut kutu2 sekalian..

kepulangan bro bob sangat di nanti2 kan kepulangannya di eon oleh kutu-kutunya sekalian.. pengaruhnya masih lagi kuat di sini dengan kepakarannya memacing ikan dan suaranya yang lantang. adakah kepulangannya ke eon akan menjejaskan pengaruh bro 'bob' padia di sini yang baru naik pada semester ini? adakah kesetiaan kutu-kutu bro 'bob' padia juga akan terjejas? adakah bro 'bob' padia akan tergugat?

kutu-kutu bro 'bob' padia yg diragui kesetiaannya



Monday, September 28, 2009

ape cer....

kedatangan abang besar disambut oleh beberapa orang kutu


sesi soal siasat oleh abang besar...


jelas kelihatan muka abang besar yang sangat marah..


kes ini sebenarnya masih dalam penyiasatan.. jadi, hebahan secara terbuka belum dapat dilakukan. tapi kalau kita lihat dari mimik muka abang besar, kita tau ini satu kes yg serius. mungkin lebih serius dari kes skandal PKFZ.. diberitakan bahawa mangsa(berbaju kuning) masih trauma dengan kejadian ini kerana kaedah soal siasat yg digunapakai oleh abang besar agak kurang intelektual. dilaporkan juga pemilik kereta(seperti gambar diatas) mula merunguk kerana akibat kejadian itu, keretanya telah mengeluarkan bunyi yg kurang enak(apabila mengcorner) walaupun baru sahaja melakukan alignment. apakah kes ini akan selesai? kenapakah abang besar begitu marah? berapa lamakah mangsa akan trauma? apakah punca kereta dalam gambar diatas berbunyi? apakah punca sebenarnya kes ini? ketahui jawapannya dalam bahagian kedua laporan saya. sekian....

hari ini dan kehidupan..

ermmmnk test wat blog ja.....
x tau lagi nk tulis apa...hahahahaha
harap2 semua orang paham ek....sekarang bukan masanya..
nanti kalau ada masa aku taip yang lebih ek...
ok la..hari ni takat ni ja...
jangan marah jangan nk ngutuk aku k...hahahahaha
testing2,.....ok ... dah clear,...
sok malam aku sambung ek..

Sunday, September 27, 2009

aku konfius..tolong aku..

Assalaumaikum jawabnya wa'alai kumus salam. Apa Khabar jawabnya khabar baik. Salam satu Malaysia mahu jawab apa?

????

post pertama lepas raya..
aku sensorang ja yg sampai dulu..
dok sorang2 kt bilik...
yg lain semua pagi esok baru sampai...
huaaaa...

dah bilik ipin terkunci...
rokok aku ada dalam bilik tu...
sial betul la...
bebudak ni x sampai lagi..
call muk baru ada kt rawang...
bila la aku nk boleh isap rokok ni...
muk...
cepat la balik aku masuk bilik ang ambil rokok...

masyalah beshar ni..

Wednesday, September 16, 2009

Tuesday, September 15, 2009

UNTUK KAWAN-KAWANKU



Kita hidup di dunia ni bukan sekadar untuk bersuka-suka, bersenang-lenang. Setiap daripada kita mesti tujuan tersendiri, peranan tersendiri.

Syukur jika Anda lahir dalam keluarga bahagia, dibesarkan semuanya cukup, berjaya sampai ke universiti dan sekarang mempunyai kerjaya tetap. Anda patut mensyukuri nikmat itu, bukannya menunujuk-nunjuk kerjaya tetap Anda atau memandang rendah pada orang lain.

Anda lupa peranan anda dalam hidup hanya kerana Anda diulit kesenangan, keselesaan. Jika Anda sudah cukup senang sekarang ini, ingatkan diri sendiri bahawa kesusahan boleh muncul bila-bila masa dalam situasi tak di duga.

Bagi Anda yang lahir di dalam keluarga sederhana, bermasalah dalam perhubungan keluarga, sumber kewangan yang sempit, saya kagum kerana Anda punya semangat tinggi untuk mengubah nasib Anda.

Benarlah kata orang, kesusahan dan kegagalan mengajar seseorang apa erti ketabahan hidup, fokus dan kesungguhan.

Kesenangan dan keselesaan membuat kita lupa tujuan hidup, lupa matlamat kita, lupa tentang MATI dan lupa dosa serta pahala. Bila dah senang, kita lupa yang susah-susah.

Orang yang hidupnya susah dulu baru senang kemudian ibarat padi yang semakin berisi, semakin tunduk jadinya. Hanya ada sedikit kesombongan dan ketemberangan.

Jika sekarang ini Anda di landa kesusahan, jangan berhenti berusaha mengubah nasib hidup Anda. Dugaan dan ujian daripada Tuhan akan tetap diturunkan pada Anda selagi Anda tak lulus ujian tu.

Untuk lulus ujian-ujian tersebut, Anda perlu kuat mendepani segala apa jua yang mendatang.

Setelah lulus ujian-ujian tersebut, Anda akan menjadi orang positif, punya pemikiran positif dan yng sentiasa bertindak positif. Anda akan sentiasa cekal, sentiasa tabah, sentiasa bijak mendepani apa saja cabaran.

Apa yang Anda perlu lakukan sekarang ini? Ingatkan diri sendiri dulu, hidup bukan sekadar bersuka-suka. Hidup ini mengajar Anda sesuatu.

Untuk itu, usah bersangka buruk tatkala mendepani dugaan Yang Maha Esa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.

Monday, September 14, 2009

EON KITA MAKIN SURAM KE??

Pertama kali aku nak mgucap selamat berpuasa semua..sempat lagikan aku nak ucap.yela..puasa blom abes lg ni.hehe..tapi yang aku pelik..sekarang da tinggal 4 hari lagi kita nak cuti raya untuk menyambut hari raya (ee tak sabar aku nak balik). yang aku peliknya..aku tertanya-tanya DPP EON yang tercinta ni tak buat majlis berbuka puasa ke?? aku tertanya..tapi nalluri kuat mgatakan yang DPP yang kita sayang dan bangga ni (itu dulu time eon mdapat kolej terbaik) tak mgadakan majlis berbuka puasa..

kalau la betul ape yang naluri aku ni katakan..aku rasa terkilan..selama 5 sem aku abeskan sisa2 hidupku kat EON ni..aku rasa tahun ni la EON paling suram myuram..yela..banyak projek tradisi DPP kita ni tak terlaksana..aku ingat lg..time aku sem 1 dulu,ramai senior cakap war game,survivor night n night walk tu projek tradisi EON.(time tu aku rasa syok giler projek ni.aku kenal ramai senior pun ngn projek ni). tp bila aku sem 3..aku tgk projek ni tiada pun.(aku da mgaru kepala ni.blur...)aku pun menanti setahun lg sampai la sekarang.. tiada juga..aku tak tahu apa alasannya..

Now (cakap omputih skit) majlis berbuka puasa pula tiada..adui..terkilan aku.aku tak nampak projek sekarang yang boleh melibatkan semua warga DPP EON ni.selain grandiner (nasib baik grandiner tak pupus). kalau dulu dengan projek tradisi ni..kompem EON ni kosong.semuanya kosong.(aku ingat time aku 1st sem la). Harap2 la projek hari raya ada sem ni.. Kalau tak, aku kena menanti setahun lagi la alamaknya.huhu..

Oh ya..1 lagi,aku ingat time tu ada la senior yang da abes blaja (aku tak kenal sbb aku tak masuk uum lagi dia da abes) tu datang borak ngn bob (senior yang cakap banyak yang gempal skit) datang borak pasal projek war game ngn bob.kiranya mmg btul la projek tu turun temurun.tp now (omputih lg) aku tak tau nak borak apa ngn capelin (junior sem 3) nanti.. Aku da tak tau pkembangan EON time tu.

Aii..apa aku nak buat. Ok la..ni la pendapat aku.pandapat sekutu yang lain macam mane? takpe.. aku cuba cakap ngn big bro kita. (kalau dia tak busy ngn bisnes dia la)..

EON MAJU,EON TERBILANG

Sunday, September 13, 2009

ARSENAL SMALL FOUR, CITY FANTASTIC FOUR



sebelom gua mulakan bicara gua..gua nak sampaikan simpati gua kat kutu-kutu arsenal x kira la kutu di eon ke,sime darby ke or changlung..Seperti yang lu orang tahu, semalam Manchester City menang lg. tp semalam menang besar menentang Arsenal (Satu-satunya pasukan bola sepak di dunia yang buat hal tak kalah-kalah sampai 49 perlawanan dalam liga inggeris Astarghfirullah terer gila). Tapi keputusannya lu orang dah tahu juga, Arsenal kalah lagi.hik..hik..ahak..

Ok,gua nak lebih zoom pada tajuk hot kita yang paling susah nak dicapai oleh penyokong gunners ni..kalu dulu lu org sebut big four (Manchester United, Arsenal,Chelsea atau Liverpool..gua amek yang Big Four yg femes dulu-dulu) tp sekarang fans the gunners macam tawil dan muk tu kena terima la korg da nak kena kick dalam big four ni.hahaha...bagi gua la (Manchester United, Manchester City,Chelsea dan Liverpool..layak di gelar big four sekarang)..Manchester City kalu dulu org x kenal mereka..tp sekarang membuat 1 kejutan besar-besaran la. dengan player pun btaraf bintang..semua ada termasuk Petrov idaman Bur.hihi..

Oh gua da lari tajuk..ok sekarang gua nak zoom lg dekat la,4x zoom dengan guna camera hp tawil yg ala2 james bond tu.hehe..ok semalamkan,gua x kisah kalu Arsenal tu kalah dengan Man Utd ke or Chelsea tp ni Arsenal yg dok megah2 ngn gelaran big fournya boleh kalah ngn Manchester City yg ntah pape nama.(kalu korg dgr 3 tahun lps la)..da la kalah tp kena ratah teruk ngn Manchester City.

Manchester City bukan pasukan champion pun. Tp Arsenal pasukan yang boleh main bola astarghfirullah cun giler sblom ni. Tapi lu org tgk game semalam? gua percaya hampir 98.7% penyokong Arsenal malu tengok game macam semalam. main tak cun astarghfirullah. Tengok Arsenal main, sumpah gua mengantuk. Astro patut berhenti tayang Arsenal punya game. Tunjuk result je cukup. Tapi semalam mujur la kelibat adebayor,bellamy,wright,richards dan semua la team Manchester City buat gua terhibur.kalu x, jamin la gua t'tido terus depan tv semalam. gua tengok muka tawil,muk,padia pastu ada sorg foreign tu semalam semuanya macam hampeh..sama dengan 7 hari org x buka puasa..sama ngn tong sampah sbb Arsenal. Lain pulak gua tengok fatah, bur n sood menyorok sakan. gua kat sini nak ucap takziah pada team yg macam hampeh semalam dan tahniah pada team yg makin myerlah semalam..eh gua dengar citer salah sorg fan Manchester City semalam menang duit semalam.boleh belanja gua berbuka malam ni.hihihi.. gua dengar citer Arsenal nak ratah lauk Manchester City semalam 4-0 tp sekarang gua rasa kat bazar ramadhan kat masjid tu ada kot jual lauk Arsenal.hahaaha.. gua melawak je.. sori ye muk,tawil..eh ko-k pun marah jgk?? ok2 gua minta maaf...

Moral of values semalam..lu org jgn la terlalu yakin dengan 'title' lu org ada tu (Arsenal). Nanti boleh makan diri sendiri..ok, gua ada clas sekarang ni. Nanti kalu gua free gua karang lagi wikipedia gua kat sini k... Esok gua akan bagu ulasan tentang game malam ni pulak. (Kalu tiket gua g ke london yang gua booking tadi ada lagi la)

Bagaimana Mendepani Stress Ketika Menghadapi Peperiksaan

Memang kita sedia maklum betapa stressnya bila berdepan peperiksaan atau lebih tepatnya lagi, final exam. Kekadang rasa nak give up, penat, tak tahan lama. Belajar dan terus belajar dengan sungguh-sungguh, tapi rasa nak give up tu masih terus tegar, kuat menggoda di minda sebab kita berdepan dengan sesuatu yang belum pasti. Jika Anda sedang mengalami situasi di atas, itu tandanya fikiran negatif sedang menguasai diri Anda.

Anda lupa apa impian anda dan Anda dah tak ingat apa matlamat Anda. Selain itu, Anda kuat berusaha, tapi tak kuat seronokkan diri. Kesannya, Anda jadi tertekan. Stamina mental Anda menghilang, sebab minda Anda jauh dari mengingat matlamat Anda.

Untuk kuat berdepan stress ketika menghadapi exam, beritahu diri Anda biarlah Anda kerja keras kali ni sebab Anda akan bersuka ria bila exam tu dah habis. Jadi, kita balun hari ni, esok kita akan berhepi-hepi. Kita study betul-betul hari ni, nanti lepas paper habis, baru kita relaks betul-betul. Tidur ke, jenjalan ke, borak-borak ke, apa-apa sajalah yang kita mahu.

Stress akan timbul bila kita asyik menumpu pada belajar dan terus belajar tanpa pernah memikirkan untuk menikmati sedikit keseronokan dalam proses menyiapkan diri menghadapi exam. Kita akan jadi tertekan, sebab tak nampak sebab untuk kita berusaha keras (tanpa pernah terfikir ada peluang untuk berseronok selepas itu). itulah sebabnya jika Anda tak mengingatkan diri apa impian Anda dan membaca matlamat Anda.

Rasa bahagia dan gembira memberi kuasa lebih kuat dari rasa tertekan. Ketenangan yang muncul dari rasa gembira membuat Anda konsisten berusaha, konsisten belajar untuk bersedia menghadapi exam nanti. Amalkan ‘work hard in smart way’.

Dalam kita kerja keras, kita seronokkan diri sendiri. Baru ada keseimbangan. Jangan seronoknya pulak yanng lebih, konpom haru biru Anda nanti.

Anda, jangan terlalu tertekan study. Anda sepatutnya tak perlu tertekan. Carilah cara bagaimana Anda boleh menggembirkan diri sendiri untuk 10 minit selepas 1 jam memerah otak untuk study. Kita usaha kuat, bergembira pun kena kuat walaupun bergembira sekadar 10 minit saja. Pentingkan kualiti dari kuantiti.

Baca banyak kali matlamat Anda supaya Anda bersemangat sentiasa. Fikirkan masa depan Anda, keluarga dan orang-orang yang Anda sayangi. Dedikasikan pencapaian Anda untuk mereka, moga mereka bangga dengan Anda. Biar kita susah dulu, supaya kita senang kemudian.

Wednesday, September 9, 2009

Berbuka Diumah Sood...

maells yang sudah tak sabar menunggu masok waktu berbuka..(mcm puasa je kan..)

reaksi semua sebelum berbuka puasa...

bacaan doa diketuai oleh saha' sebelum berbuaka puasa...

terima kasih bebanyak kepada sood yg telah menjemput kiteorg utk berbuka puasa di rumahnya..perjalanan yg agak mencabar gak la sblm nk smpai ke umah sood nie..mcm2 liku2 yg dihadapi dan ditempuhi..firstly masalah keta..dalam perjalanan kete mukh plak pancit(org joho ckp la..)rupanya kat kedah kalau pancit cakap kurang angin..kikiki..mane sy nk tw..cek bukan org kedah..dah sood kelam kabut soh padia bentikan keta..wakakkakaa..mcm good2 jerk kan..

pastue agak jauh nie nk smpai umah sood..agak pendalaman la sng cite..tp seronok r.first time kot nk smpay umah sood nie..kui3x..ntah jalan mane yg sood bawak nk p umah dy..kiteorg follow jerk..dengan cuaca hari yg ujan renyai2..singgah plak p bazar ramadhan kat area umah soot nie..layankan walaupon ujan2..beli byk wo kuih muih..beli tembikai gak..mcm biasa la..maells gak yg jd tukang angkat brg2 tue..kikikiki..utg dpt kwn mcm maells nie..kikiki..bukan sng nk puji mbr2 nie..lg2 maells..wakakakaka..

smpai dah kat umah sood..jln nk masok agak kecik..pas2 muat utk satu kete jerk..kalau selisih ngan keta len..tue yg susah nk cita tue..papepon best dowh buka puasa kat umah sood..lauk2 dy nah ambik kau..sgt sedap woo..hingga menjilat jari tue JUDIN..PADIA lg la jgn cite..tambah2 nasik bro..MUKH pun sama..tak ckop sepinggan..BLACK plak blh la thn..tambah gak nasik..EMBUN tukang candid..tp mkn still byk..MAELLS jgn cita tak cukop 2 pinggan jd 3 beb..paling kesian SAHAK..sblm makan dah kne pangkah dulu ngan PAKCIK MAT YAZAN(bapak sood la)..hahhahaa..tp bab2 makan control macho beb sahak..hahaha..AWEL rilex2 aje..kui3x..SOOD tuan rumah kna la melayan tetamu yg dtg kan.huhuhu..

papepon od terbaik lauk mak ang masak..lg2 ikan bakar berempah tue..nah kau ambik..tak cukop tue..puasa utk sem 7 ade lg..bawak kiteorg buka puasa umah ang lg k..kui3x..kepada BANBAN yg tak join..sbb adhoc anak joho..ini adalah kerugian bg anda..rugi sgt rugi..YES..hahhaha..umah PADIA plak bile erk??
kikikikiki...

Monday, September 7, 2009

belum berjudul..

coretkan kata kata ghairah
dan gambar gambar lucah

rakus tingkahmu dikawal nafsu
akal ditinggal dibiar kaku

dada berombak menahan resah
langkah diatur tanpa arah

gelodak jiwa makin berontak
berahi mengalir seluruh jasad

tempiaskan nafsumu dikamar mandi
mengalir bersama buih dan air
bersama ghairah dan berahi
o****lah sebangsatnya...





Wednesday, September 2, 2009

hari ini dan semalam



kenapa ada pic ni??
kenapa????
ntah,..
aku pun x tau..
mungkin sebab sblum ni xde wireless..
jd benda ni yg di upload..
(tawel x upload)

Monday, August 24, 2009

untukmu palestin...



Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin

Sunday, August 23, 2009

iklan..

"SANGGUPKAH ANDA BERAYA DI KAMPUS???"



raye semakin dekat.. tp tiket belum beli..
tiket luar dh habis??
macam mane nk balik??
takkan nk beraye kat kampus??
ahh... pening2....

jangan risau!!! NafNAm sedia membantu anda.
tak perlu keluar beli tiket
tak perlu susah2 nak pikir lagi..
yang perlu anda buat hanya
menelefon nombor2 yg tertera.
kami akan melayan anda dengan layanan
yang sungguh istimewa.
cepat2.. sebelum bas penuh..
ingat... sebelum bas penuh..
jangan biarkan keluarga anda ternanti nanti kepulangan anda di pagi raya.....



harapan ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

janganlah kita berzina

PENGERTIAN ZINA

Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

Saturday, August 22, 2009

new post




ini adalah post pertama di bulan puasa...
saja jer nk letak gamba ni..

apa orang nk kta, kata la...
da x de org nk post..
aku post la benda ni...

SELESAI SUDAH....

akhirnya seminggu cuti pertengahan semester berakhir. gua dan beberapa orang kutu lagi memilih untuk tidak pulang ke kampung. seminggu takkan nak duk kat campus je kan. mesti la bosan gile. so, kutu2 ni atur la rancangan. hari jumaat awal2 cuti da ade rancangan. tawel teringin plak nak pergi kolam air panas kat legong. tanpe banyak bunyi, kami pun start enjin kete menuju legong. gerak pukul 12 lebih, pukul 3 baru sampai. boleh tahan lame...

kutu2 yang excited nak berendam dlm kolam air panas


2 kutu sedang berseronok dalam kolam


hari kedua plak kutu2 kaki pancing ni ajak memancing kat tasik jitra plak. gua follow je. punye la lame memancing, sekor je dapat. tapi kire ok la dari balik tangan kosong(memang balik tangan kosong pn.. ikan sood rembat).

pemancing tegar sedang membelek perut ayam. biar busuk asal disambar ikan


hasilnya... pemancing tegar dan pemancing tak tegar bergambar dengan hasil tangkapan


hari ini berlalu.. esok pun menjelma... "hari ni nak kemana plak?" soal gua. "padang besar jom.." balas tawel.. "jom...." sahut kami beramai ramai. hari tu bergeraklah kami ke padang besar. sambar 2 3 helai baju. gambar kat padang besar xde. tak menarik.

hari seterusnya.. aktiviti bersambung. kali ni kemana pula. ke gua kelam.Nie tawel pengarah projek..dy yg beria gila nk pegi gua kelam nie.. tapi gua tak follow. letih wei hari2 berjalan...
kutu2 kalau nk bergambar, background mesti ade tulis2...


gua dah cakap.. mesti ade tulis2 belakang...


sampai ke hari last pun nak berjalan jalan lagi.. hari last kami ingat nak naik gunung jerai. tapi kerana beberapa faktor, rancangan tersebut terpakse dibatalkan. so kami pergi ke air terjun titi hayun. mandi sakan kutu2 ni...
sebelum mandi, mesti bergambar dulu...


bergambar selagi boleh...


asyik gua je tangkap gambar.. gua pn nk bergambar gak..



pas puas mandi manda, kami menuju pulak ke pantai murni.. minum2 jap...

mesti ramai yg wat wallpaper gambar ni...


gua ingatkan pastu terus nak balik.. rupe2nye belum lagi.. singgah jitra dulu.. karaoke...

suare brader mmg mantap. sumpah, gua tak tipu..


gaye seorang pornstar.. eh silap. rockstar....


seminggu yang penuh keriangan bagi gua. gua rase kutu2 laen pn begitu gak. sebelum gua undur diri, gua nak ucapkan kepada kutu2 semua...


"SELAMAT BERPUASA WEI..."