Tuesday, September 15, 2009

UNTUK KAWAN-KAWANKU



Kita hidup di dunia ni bukan sekadar untuk bersuka-suka, bersenang-lenang. Setiap daripada kita mesti tujuan tersendiri, peranan tersendiri.

Syukur jika Anda lahir dalam keluarga bahagia, dibesarkan semuanya cukup, berjaya sampai ke universiti dan sekarang mempunyai kerjaya tetap. Anda patut mensyukuri nikmat itu, bukannya menunujuk-nunjuk kerjaya tetap Anda atau memandang rendah pada orang lain.

Anda lupa peranan anda dalam hidup hanya kerana Anda diulit kesenangan, keselesaan. Jika Anda sudah cukup senang sekarang ini, ingatkan diri sendiri bahawa kesusahan boleh muncul bila-bila masa dalam situasi tak di duga.

Bagi Anda yang lahir di dalam keluarga sederhana, bermasalah dalam perhubungan keluarga, sumber kewangan yang sempit, saya kagum kerana Anda punya semangat tinggi untuk mengubah nasib Anda.

Benarlah kata orang, kesusahan dan kegagalan mengajar seseorang apa erti ketabahan hidup, fokus dan kesungguhan.

Kesenangan dan keselesaan membuat kita lupa tujuan hidup, lupa matlamat kita, lupa tentang MATI dan lupa dosa serta pahala. Bila dah senang, kita lupa yang susah-susah.

Orang yang hidupnya susah dulu baru senang kemudian ibarat padi yang semakin berisi, semakin tunduk jadinya. Hanya ada sedikit kesombongan dan ketemberangan.

Jika sekarang ini Anda di landa kesusahan, jangan berhenti berusaha mengubah nasib hidup Anda. Dugaan dan ujian daripada Tuhan akan tetap diturunkan pada Anda selagi Anda tak lulus ujian tu.

Untuk lulus ujian-ujian tersebut, Anda perlu kuat mendepani segala apa jua yang mendatang.

Setelah lulus ujian-ujian tersebut, Anda akan menjadi orang positif, punya pemikiran positif dan yng sentiasa bertindak positif. Anda akan sentiasa cekal, sentiasa tabah, sentiasa bijak mendepani apa saja cabaran.

Apa yang Anda perlu lakukan sekarang ini? Ingatkan diri sendiri dulu, hidup bukan sekadar bersuka-suka. Hidup ini mengajar Anda sesuatu.

Untuk itu, usah bersangka buruk tatkala mendepani dugaan Yang Maha Esa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.

1 comment:

Anonymous said...

Yup...
btul bigbrother...
stiap ujian ada hikmah dsebalikny...
-muslimah-