Wednesday, April 4, 2012

prebiu sinki

kisah ini adalah kisah lima sahabat yang telah buat perjumpaan bersama. walaupun tidak sepenuhnya dengan ahli-ahli yang lain. di buat secara ala kadar. bertempat di sekitar kuala lumpur.

kenapa ianya bertajuk sinki. sudah pun aku jelaskan.

kenapa aku menulis?
sebab bagi aku semua perkara boleh dirakamkan dengan menulis. perkara pertama yang sampai kepada nabi muhammad ada lah "bacalah". semua orang tahu kan. tapi ada tak sapa terpikir, nak baca menda kalau tak ada yang bertulis, ea dak.

akhir sekali, aku rasa ada program lagi kot yang akan dianjurkan, kepada penganjur, mohon buat perancangan bermula sekarang.

aku sebenarnya nak balik kampung. nak tggu masa nak gerak, lambat lagi. tu yang aku tulis ni.
ok. asalamualaikum.

true friends will always forgives even thought without an apology, true friends never judge, and true friends will never regret for everything with his friend.

Tuesday, April 3, 2012

sinki part 4 (finale)


siap saja mandi. aku kena hantar mael dulu pegi kat stesen LRT UKM. nak hantar sekaligus mana boleh sebab kena hantar dengan moto. RXZ pulak tu. kalau kereta mungkin la.. ni moto beb. kena berulang alik. nasib stesen LRT tu dekat ja. kalau jauh mampos aku. dah minyak moto ni kuat gila dia makan. seminggu sepuloh ringgit. lepas hantar mael aku balik nak ambik judin pulak. yang si judin ni selamber ja, tengah chat kat fesbuk. dengan sapa pun aku tak pasti. tapi aku cakap cepat, pantas pulak dia siap, mael yang memang sejak azalai seorang pelupa lupa seluar dia yang dibeli kat uptown tu. aku dengan judin dengan rasa baik hatinya tolong bawakkan. tapi kalau judin tak perasan. da lama aku rembat. haha.

sampai di stesen LRT. mael dah beli tiket. untuk 3 org. aku jadi gabra, sebab 1st time nak naik LRT ni. apa yang aku pikirkan adalah macam mana aku nak balik sorang-sorang nanti. kalau sesat macam mana? dalam tv banyak tunjuk cerita yang mengatakan kat KL ni ramai orang jahat, nanti kalau aku kena rompak macam mana. pelbagai telahan dan andaian menghantui fikiran aku. terlalu konservatifkan aku ni. kalau aku hidup zaman paleolitik aku tak risau sangat, sebab mana ada LRT lagi masa zaman tu. lagipun masa tu manusia belum kenal lagi rupa bentuk pistol dengan senapang. aku rasa zaman tu lagi selamat dari zaman sekarang. walaupun aku sekarang berada dalam negara ke 19 paling selamat didunia, tapi aku tak berapa yakin. teringat aku pada kes derang yang kena bunuh tu. naik cuak aku.

dekat setengah jam kami tunggu, sebuah komuter pun tiba. aku tak boleh bezakan antara LRT dengan komuter. yang tahu tu pandai-pandai la nilaikan ea. aku main belasah je sebut. masa naik tu, orang agak ramai. baru aku tau, dalam LRT ni hanya orang yang bertuah saja akan dapat tempat duduk. aku, mael, dan judin kena berdiri. mael ambik pot sebelah pintu. judin pulak ambik pot depan mael. aku berdiri kat tengah-tengah. gila punya ramai orang. masa LRT ni melalui stesen kajang ok lagi. lalu pulak stesen serdang masih ok. tapi bila sampai salak selatan dan bandar tasik selatan. orang dah makin penuh. berhimpit-himpit aku. mael dengan judin aku tengok rilek je. diorang berdiri kt tepi memang la. aku yang kat tengah ni. pehhh.. macam nak muntah. ramai sangat. yang paling aku sakit hati, bila sampai stesen mid valley. kena himpit-himpit macam ikan sardin dah. tak ada ruang nak bergerak. aku risaukan dompet aku. aku kuarkan suruh judin masukkan dalam beg dia. maklum la pertama kali naik. sentiasa berhati-hati. dalam sejam gitu dalam LRT tu kami pun sampai dekat KL sentral. punyalah ramai orang. aku rasa kalau ada yang buat sembang tak reti masa ni dengan aku, dah makan penyepak sulong ni. sakit hati gila.

ingatkan bila dah sampai KL sentral ni boleh jalan kaki sampai KLCC. tapi telahan aku silap banyak. kena tuka train. naik LRT lain pulak. Yang ni aku komfem namanya LRT. yang aku naik tadi tu komuter kot. nak beli tiket satu hal, semuanya pakai elektronik, pakai mesin. tak payah beli kat kaunter. jadi baru aku paham apa itu teknologi, yang aku tau malaysia belom lagi bertaraf negara maju. tahun 2020 nanti kot. tapi aku tak yakin sangat dengan yang itu. mael buat kepala pandai pegi beli tiket. lepas tu dia bagi tiket kat aku. jadahnya tiket macam ni?


tenok macam ni ada rupa macam tiket ke? dah macam syiling zaman 2020 nanti je. tapi nak maki banyak-banyak pun tak guna. kami beli jugak la. masa nak naik tu kami silap tempat. patut yang sebelah lagi. mael yang keletihan terpaksa berlari-lari anak untuk sampai ke sebelah yang satu lagi. judin yang jarang berlari dalam hidupnya aku tengok macam kangaroo terlepas bas jek. aku jalan dengan steady je. tapi aku la yang paling depan. dulu aku kan sprinter kat sekolah. cuma kat U ja aku malas nak tunjuk hebat. masa naik train ni aku rasa selesa sikit. laju pulak tu. dalam 15 minit ja kami dah sampai KLCC.

dah sampai tu aku ingatkan mael ni tahu jalan-jalan kat sini. tapi selamber je dia cakap yang dia datang sini empat tahun lepas. aku pun boleh cakap aku pernah ikut rombongan sekolah pegi dekat petrosains. tapi masa kat sini dengan budak-budak ni aku tak jumpa pulak petrosains. mungkin kt bangunan yang satu lagi. KLCC kan bangunan berkembar mesti la ada dua bangunan. mael telefon adik angkat dia, farah namanya. mendengar nama sahaja sudah tentu semua pembaca dapat mengagak kan yang orangnya macam mana. takkan nak kena aku letak gamba dia kat sini pulak. tak pasal-pasal kena marah dengan mael nanti. (aku rasa tawel tengah panas hati tu, mungkin sebab dia tak ikut)

lepas sampai tu aku dengan judin jumpa pot isap rokok, berenti dulu la.gila kot, dekat 2 jam tak isap rokok. sambil-sambil tu mael ambik gambar dengan hensetnya yang mahal tu. aku benci tengok muka mael bila ambik gamba, kaver-kaver macam orang tak cukup umo, tak macho langsung. judin muka serius gila. maklum la nak jumpa adik angkat mael. awek tu. judin ni kalau dengan pompuan memang selalu serius. tapi ni cerita dulu, aku dengar dia sekarang sudah menjadi pencinta yang setia. mungkin usia telah mengubah segalanya. mael pulak yang lain nya. dulu bila tengok mael nampak matang dalam segala hal. tapi sejak dia pakai henset samsung yang mahal tu (aku taktau jenis apa) dia dah mula dengan perangai keanak-anakkan. sebab ni yang membuatkan aku benci dengan teknologi. mencemar alam rasanya.

mael telefon adk angkat dia, diorang cakap ada dekat food court dekat dengan ayam penyet. bila dengar je nama ayam penyet, aku terbayangkan ayam yang kena penyet dengan tayar lori. ada jugak orang kat KL makan benda macam tu. tak bertamadun langsung. aku ingatkan mael tahu tempatnya, tapi bila mael pegi dekat peta cari lokasinya, aku yakin yang mael ni tengah blurr.

dalam 5 minit mencari, kami sampai ke foodcourt yang dicari, dari jauh aku nampak farah melambai-lambai tagan kearah kami. mael dengan judin masih tercari-cari. aku yang nampak dah ni buat la kepala pandai. buat macam aku selalu datang kt KLCC ni. aku ajak judin dengan mael pegi kat budak-budak pompuan tu. aku ambik tempat duduk jauh sikit dengan pompuan tu, mael duduk sebelah farah, judin duduk sebelah awek mana tah. kawan farah kot. mael tanya kat budak-budak pompuan tu nak makan apa? diorang cakap dah kenyang.

aku, mael dan judin pegi kat kaunter ayam penyet tu, baru aku tau yang ayam penyet ni masakan jawa. nyesal aku buat fitnah tadi. tak pepasal dapat dosa kering. aku order nasik ayam, mael order sama macam aku, tapi si judin ni syaitan apa yang merasuk dia pun aku tak tau. dia boleh order sup ekor saja. diulang hanya sup ekor. tak ada menda lain ke nak order. nak marah takut judin ni kecik ati pulak. tapi aku rasa mungkin judin ingat macho kot makan sup ekor depan pompuan.

sambil tunggu nasi ayam dengan sup ekor ni siap, kami pergi order air. air semua nak yang mahal-mahal. tapi bila pkkan balik yang benda yang dijual kat KLCC ni tak ada yang murah, kami beli je apa yang ada. air judin teh 3 layer, mael kopi 3 layer, aku punya air nipelik sikit, aku dah lupa la namanya, tapi ada java-java belakang dia. nampak macam berkafein. aku order je, rasa macam mana nanti aku terima je lah.

masa nak makan tu aku rasa air aku, agak pahit sikit, aku rasa air judin manis sikit ja. tapi bila aku rasa air mael, pehhh, rasa macam aku gigit pokok tongkat ali mentah-mentah. aku dengan judin berdekah-dekah gelak. tapi walau gelak kuat-kuat judin still dengan gaya tutup-tutup mulut masa gelak. nampak comey sangat. tak tau la kalau-kalau ada diantara perempuan yang ada kat situ terpikat. aku yang agak kenya ni makan jugak bagi habis. tak baik membazir. aku rasa sup ekor judin sikit, tapi rasa macam letak air dengan ekor ja. hampeh. failed gila pembuat sup ni. aku yang tak pandai masak pun boleh buat sup yang lagi sedap dari ni.



lepas makan judin minta diri untuk ke tandas, memang sopan si judin ni, aku pun tak tahu bila dia berubah macam ni, naik risau pulak aku tengok. dah macam terikut rentak mael pulak. masa ketiadaaan judin tu aku pun ambik peluang beramah mesra dengan awek-awek yang ada, empat orang kesemuanya. tapi yang tak bestnya aku yang kena soal siasat. biasalah orang hensem lagi macho macam aku siapa yang nak menolak. ibarat menolak tuah pulak kalau ada yang tak mahu.

lepas judin ni sampai kami ke tempat jual buku, kedai kinokimiya kot kalau tak salah. farah bawakkan aku ketempat tu sebab aku nak beli buku-buku fixi. saja nak abiskan baucer aku yang tinggal RM50 saja. dah sampai tu awek-awek yang lain tergejut tengok aku beli novel, almaklum la mamat macho dan segak macam aku ni beli novel, lagi la mereka ni cair. judin hilang masa kat kedai buku ni. entah kemana pun aku tak tahu. aku call dia dia cakap dia kat kedai sukan. memang aku syak judi ni kena rasuk sebab selama aku kenal dia ni tak pernah masuk kedai-kedai macam tu. risau aku dah melampau ni.

lepas tu kami sembang-sembang kejap dengan awek-awek tadi tu, diorang mnta diri untuk balik. judin ajak masuk kedai jam. kami ikut ja. dia tengok-tengok, pastu dia cakap dh jumpa. aku senyum ja, mael buat tak dengar jek.

mael ajak ke surau kerana waktu asar da nak abis. kami jalan-jalan kesurau, jumpa pulak dengan geng-geng pompuan tadi. aku selamber ja suruh geng-geng tu pegang buku yang aku beli tadi, mael ikut suruh jugak, judin bagi beg dia terus. haha. masuk sembahyang, macam biasa, judin jadi imam. kali ni doanya panjang sikit. tapi mael tak jadi makmum, dia sembahyang sorang-sorang kat tepi tiang. tak yakin kot dengan judin.

selesai solat kami gerak sekali dengan geng-geng pompuan tu ke stesen LRT. aku jalan beriringan dengan farah, dambil berbual-bual mengenai perkara yang tidak perlu aku cakapkan. agak lama jugak kami jalan macam tu, dah macam loving couple pulak aku rasa. (tawel jangan emo). dah jauh kedepan kami pusing belakang, langsung tak nampak kelibat yang lain. tinggallah kami berdua-duaan di depan. agak lama jugak. lepas tu membe farah yang dua orang lagi sampai. agak potong stim bagi aku. tak lama lepas tu mael, judin dan sorang lagi membe farah sampai. aku dengan judin lepak kejap, isap rokok, farah dengan geng-geng dia mnta diri untuk balik. aku dengan berat hati membenarkan saja.

kami beli tiket LRT untuk balik ketempat masing-masing. tapi lepa beli tiket, judin ajak lepak-lepak dulu. aku iya kan saja. malas nak membantah. lagipun aku tak berapa pandai naik menatang ni. kami naik LRT sampai ke KL sentral semula. masa sampai disini, kami beli tiket dan mael nak ketandas. aku dengan judin masuk watson dulu, tak beli apa-apa pun. yang mael ni lama pulak dia kat dalam tandas tu. lepas tu kami beli aiskrim dan makan sambilisap rokok.
nervous aku kian memuncak sebab aku nak kena naik LRT sorang-sorang ni. tapi mael dengan judin janji nak hantar aku sampai kepintu LRT aku rasa lega sikit.

dalam pukul 7 lebih-lebih macam tu LRT aku sampai dulu. selamat, kalau LRT judin dengan mael yang sampai dulu, mahu terkial-kial aku. aku naik sorang-sorang. masa aku nak naik tu aku tengok muka judin sedih sangat, mungkin sebab nak berpisah dengan aku, mael pulak buat muka tak bersalah tapi aku tengok mata dia berkaca. tahan air mata lettew. bagi aku rilek je. bukan nak pergi mati pun.

bila LRT aku melepasi bandar tasik selatan tiba-tiba lampu semua terpadam, LRT tu berenti sendiri. aku mula gelisah, takut dicabul. keadaan jadi gelap, aku makin gelisah. tak berapa lama lampu kecemasan pula yang menyala. ni yang buat aku cuak ni, mahu saja aku telefon mael tanya khabar. tapi aku berasa lega selepas beberapa minit LRT tu mula bergerak semula. fuhhh kacau idup aku macam ni. buat saspen ja.

dalam lingkungan antara pulul lapan dan sembilan, aku selamat sampai ke UKM. letih gila.
thanks to my friend. credit to mohd mukhlis yang belanja makan western dengan char koey teow. mohd hafizuddin yang support minyak dan tiket LRT. mohd ismael yang bayar semua tol-tol yang dilalui, walaupun sampai habis point kad touch n go tawel. mohd azarul yang tuan punya kereta persona. yang lain tu nanti kita buat gatering sama-sama pulak. insyaALLAH. may god bless U all. sahabat sampai mati. dalam kubur nanti hal masing-masing. kah kah kah.

sapa-sapa yang edit memang aku sepak la. penat weh nak mengarang ni. ni pun lepas aku post pasal header, lepas tu kena sound, suruh aku tulis panjang-panjang. padan muka, memang panjang kali ni aku tulis. nak baca silakan tapi mohon komen, kalu tak nak baca aku peduli hapa.
bye.

p/s: mohon maaf kalau kata-kata dalam kispen ini ada yang menyakitkan hati mana-mana pihak. ampunkan daku. saya masih amatur dalam penulisan ini. ingat nak tulis panjang-panjang lagi tapi letih weh, blog-blog lain pun bnyak lagi nak kena tulis. tapi kispen aku yang paling panjang akan keluar dalam blog emo. hahaha. maaf sekali lagi.

sinki part 3


masa gerak kt rumah mukh tu, kami berbincang sesama sendiri, matlamat yang perlu ditetapkan untuk program esok hari. mukh cakap dia nak bawak pegi ke bazar karat, best kata dia, ada macam-macam. mukh ni kalau bab promote memang pandai, jadi tak sia-sia la dia keja dengan RHB bank. aku yang cuma pangkat pengikut saja dalam kereta ni cuma diamkan diri saja. padahal aku lah ketua projek, tapi aku tak berapa expert dengan bandaraya kuala lumpur yang juga ibu kota negara ke19 paling selamat di dunia ni, cuma diamkan saja.

dalam pukul 3.30 kot, kami sampai la dekat rumah mukh, nak parking pulak susah, sebab kt kuaters ni tempat parking memang dikhaskan untuk penghuni sahaja. setiap kotak parking sudah ada nombor pendaftaran. jadi kalau kita parking kat tempat orang, automatik kereta tu akan jadi milik kekal tuan punya tempat parking. ni undang-undang mana tah. aku ggogle kat hukum kanun melaka tak ada pun, aku google lagi tgok dekat undang-undang india zaman pemerintahan asoka, dimana undang-undang bertulis pertama pada tamadun mesopotamia yang dikenali sebagai undang-undang asoka ataupun tiang asoka, tak ada jugak hukum yang macam ni. tengok dekat guest parking, sudah penuh. jadi mukh ambil keputusan parking kt tempat orang yang dia jarang nampak orangparking situ. kadang-kadang saja orang parking sini. aku tengok muka mukh, mcam konfiden sangat, mael buat muka tak puas hati, judin masih melekat dengan telefon, tawel, mungkin dia dah mengantuk sangat, tak berapa nampak muka dia yang jambu tu. aku biasalah, sentiasa cool dalam apa jua keadaan, walaupun aku tak berpa harap sangat dengan kata-kata mukh tu.

akibat terlalu letih sangat, masuk ja dalam bilik mukh, tawel terus baring atas katil mukh. mael cari-cari tuala, nak berak katanya. judin da berenti pgg telefon, rokok winston light dibakar dan asapnya disedut kemudian dihembus slow-slow, sempat lagi dia buat asap o. nampak macho sikit judin ni bila buat macam tu. mukh pulak sebagai tuan rumah, ambik tilam kemudian hampar dekat ruang tamu, siapkan tempat tidur untuk kami, baru aku tau yang mukh ni caring orangnya. nampak gaya ala-ala makcik nak tidurkan anaknya saja. aku, isap rokok dari kotak rokok yang judin beli. rasa mengantuk jugak. lepas isap rokok aku baring sebelah tawel, tawel tanya aku nak tdo sini ke? aku tengok muka tawel macam tak puas hati ja. aku keluar ke ruang tamu, tengok mukh ngan judin dah mula start nak beradu. aku ambik pot tengah-tengah diantara mereka. mael yang baru siap berak kluar dari bilik air. nampaknya mael kena tido dengan tawel. judin pesan dekat tawel supaya ikat seluar ketat-ketat. malas aku nak fikirkan sebabnya. dalam masa nak tado tu kami yang dekat luar ni dengar bunyi macam katil nak patah. mael bergegas keluar bilik, mukh dengan judin gelak berdekah-dekah. kali ni judin dah tak kaver-kaver lagi, mulut dah tak ditutup. macam pelik pulak aku tengok judin ni bila gelak tak tutup mulut. masa dekat UUM dulu ada la sorang kawan yang suka gelak tutup-tutup mulut ni. tapi dia tutup mulut bersebab. tapi berlainan dengan judin, dlam hati aku fikir jugak lakenapa tadi dia tutup mulut masa gelak, tapi sekarang tak lagi. mungkin ada alasan yang tersendiri, siapa tahu kan. sebelum tido mukh cakap esok kena bangun awal nak ke pasar karat. pasar karat tu cuma buka diwaktu pagi jek, kalau pukul 6 pagi memang best la kata mukh. yang lain-lain siap kunci jam masing-masing, bersemangat untuk ke pasar karat esok hari.

(tepat pukul 6 pagi, kami bertolak ke pasar karat, dalam pukul 6.30 kami sampai ke pasar karat, pehh kalau sekali tengok memang meriah. sangat-sangat meriah. kalau siapa yang tak pernah pergi ke pasar karat ni memang tak lengkap hidup rasanya. macam-macam ada, benda yang kurun ke 5 pun ada, batu bersurat tengkera pun ada jual, surat sultan melaka untuk puteri hang li po pun aku tengok masih elok lagi dekat pak cik yang jual buah manggis tu. berbelanja sakan la kawan-kawan aku ni. aku yang ada 20 hinggit cuma tengok-tengok saja. dalam hati teringin nak beli polaroid tahun 1913 tu. walaupun harganya cuma 15 hinggit, tapi aku pendamkan saja niat aku tu. mukh beli spek mata antik yang dipakai elbert enstein masa dia darjah enam kot. mael pulak beli, seluar jeans yang david beckham pakai masa interview kerja dengan gomen dulu. memang epic gila aku tengok seluar tu. judin beli seterika antik yang pakai arang. dalam hati aku ngutuk-ngutuk judin, jadahnya beli seterika macam tu. tapi bila memikirkan yag dia nak kawin tak lama lagi, aku berenti ngutuk dalam hati. agak lama jugak la kami ronda-ronda pasar karat tu. dalam pukul 9.30 kami balik. akibat banyak sangat barang yang dibeli, tak muat semua barang tu untuk dimasukkan kedalm kereta, kami ambik keputusan masukkan yang mana boleh, yang tak boleh kami buang kat tong sampah berdekatan)

mungkin pembaca agak pelik kan kenapa aku italickan perenggan diatas, lepas tu ada kurungan lagi. sebabnya pasar karat tu hanya mainan fantasi. kami tak pergi pun. hakikatnya pada pagi tu, aku bangun paling awal. aku kejut judin, dia suruh aku mandi dulu, aku masuk bilik mukh kejut mael, mael bangun lalu ketandas. ingtkan dia mandi, tapi dia ambik air sembahyang saja. lepas mael solat, aku masuk bilik air. ambik air sembahyang jugak. lepas tu aku masuk bilik mukh tengok mael dah tak ada. aku solat dulu, lepas tu cari mael, jilaka mael tdo kt tempat aku. dah ambik bantal sekali. kau memang kejam mael. aku ingat nak mandi lepas tu kjutkan budak-budak ni nak pegi pasar karat. tapi niat aku mati disitu saja bila aku fikirkan balik, kalua aku mandi, lepas tu budak-budak ni bantai tido, nanti tak ke menyesal. lalu keputusan yang dibuat adalah tido sekali la. oleh yang demikian, pasar karat hanya mitos bagi kami semua.

pukul 9.30 pagi, mukh bangun, tawel bangun, judin bangun, mael bangun, semua bangun lah. buat penat je tulis satu-satu. masa bangun tu tak ada pulak yang sebut pasal pasar karat. tapi kalau ada yang sebut aku rasa mungkin yang akan makan penyepak dengan mukh, takpun mael. aku bab-bab sepak orang ni kurang sikit. tak berapa ilmiah sangat, tapi kalau tampar kt tempat yang sama laju-laju dan buat ulangan sebanyak 5 kali mungkin aku berminat.

mael orang pertama mandi, diikuti aku, judin dan mukh. tawel tak mandi pagi, mungkin sebab dia pernah duduk kt kota amsterdam dulu kot. kat situ mana ada orang yang mandi pagi. lagipun dia orang gomen. kalau bertekak dengan orang gomen ni, mesti yang menangnya BN. kami malas nak tegur.

lepas semua siap, dalam pukul sepuluh lebih gitu kami bertolak cari sarapan. sarapan mende dah pukul 10.30 dah. nak cakap makan apa ek? ok kita letakkan makan pagi, sebab waktu ni boleh dikira pagi lagi kan. ronda punya ronda, mukh cakap nak makan dekat malis koey teow. dekat situ char ko teow dia paling sedap area-area kuala lumpur ni. aku yang sejak dari awal tak berapa yakin dengan mukh ni iyakan saja. tapi tawel dengan judin nampak sangat excitednya. mael masih lagi blur-blur, mungkin kecewa tak dapat kepasar karat kot. malas aku nak tegur, nanti tak pasal-pasal aku yang kena sepak. tengok body mael ni dah la ketak-ketak. aku yang belajar tomoi ni pun gerun, tambah-tambah judin yang blom ada basic sepak bola dengan betol. semua malas nak cakap apa-apa jadi ikut saja kata-kata mukh tu.

dekat pukul sebelas lebih kami sampai dekat kedai tu. nampak macam ok jugak kedai ni. masuk dalam terus pegi order, aku mael dengan tawel makan char ko teow, mukh dengan judin makan nasi lemak ayam. masa order tu mukh cakap yang bila aku makan char ko teow mesti aku ingta kampung. aku diamkan diri dan angguk saja. kalah angin bahasa orang kedah.

bila makanan dah sampai, first impression terhadap char koey teow ni yang membezakan dengan tempat aku ialah, jumlah udang yang diletak. banyak. bila aku rasa ja.. lebih kurang sama macam tempat aku kat kedah. ada jugak orang KL pandai buat char koey teow ni. aku tengok tawel tambah ayam, mael pun nak tambah. aku ikut serta, walaupun tak pernah dibuat orang makan char koey teow ni makan dengan ayam. kami makan dengan berselera je. tapi mael tak makan udang. jadah apa makan char koey teow tapi tak makan udang. masa makan tu macam-macam yang diceritakan. semuanya berkisar hal -hal semasa dan kenangan dulu-dulu.

lepas makan kami kerumah mukh balik. nak hantar mukh. tawel cakap dia nak balik putrajaya, ada hal pukul 2 nanti. dalam kereta tu tak banyak yang dibualkan. ramai yang senyap, mungkin sebab frust tak dapat pergi ke pasar karat blom abis lagi dalam kepala masing-masing.

lepas hantar mukh pergi balik umah dia, kami meneruskan perjalanan ke UKM tempat aku menginap. dalam perjalanan tu semuanya senyap-senyap saja. sampai di UKM tawel terus balik. tinggal lah aku, judin dan mael.

mael yang letih tu terus saja baringkan diri atas katil, judin sempat online dulu chek fesbuk. aku balut rokok daun, tapi cari lighter tak jumpa pulak. aku ajak judin kluar beli lighter. kami keluar naik moto RXZ rumet aku. judin beli lighter dengan rokok surya 2 kotak. aku tak tau kenapa 2 kotak, segan pulak nak tanya.
balik bilik adik angkat mael mesej aku, tanya pasal mael, risaukn mael katanya. aku bagitau mael, mael ajak kami pergi KLCCjumpa mereka. aku yang tak pernah naik LRT ni agak nervous jugak la...

ok...bersambung lagi. nanti aku ceritakan babak romantis dan teh tiga layer pulak dekat KLCC. tawel komfem jeles bila baca nanti.. kah kah kah
nantikan part 4 yang terakhir.

Monday, April 2, 2012

sinki part 2


lepas cari kereta kt parking tu tak jumpa jugak, kami suruh mael tanya kat pak gad yg ada sebelah lif. pak gad tu cakap, yang tiang kaler ijau tu parking bawah. (kepada pembaca, perasaan tak mereka-mereka ni tak pernah sampai kesini). kami semua naik lif trun kebawah. dalam lif pulak boleh sembang kuat-kuat, gelak-gelak. tambah-tambah tawel ngan mael. judin bab gelak ni kurang sikit, aku tengok bila judin ni nak gelak mesti tutup mlut. bajet ayu sangat la tu. taw la nak kawin. selalunya dalam lif ni orang cakap kaver-kaver, ni dah mcm kt pasar seni ja. tapi nak marah tak boleh. tu habitat mereka. aku macam biasa, masih cool dengan baju cap ayam dan sluar jeans. kt baju tu tulis " i was born intelligent but education ruined me" ini menampakkan yang aku agak cool dan bergaya diantara mereka semua. mael yang selalu masuk gym pun boleh kalah.

ok sudah cerita pasal dalam lif, kluar lif ja trus nampak keta. aku tanya mael, ni masa bila pulak cat dia tukar? mael blurrr tak faham yang aku perli dia. rsa menyesal pulak aku perli org yang tak faham ni. rasa buang masa gitu. kami menuju ke kereta. destinasi seterusnya, cari tempat mukh parking moto. sesat jugak, tapi tak lama sebab mukh ni agak expert jalan kt KL ni. tak macam mael dengan tawel. mukh yang drive. lepas jumpa moto mukh tuka balik driver..eh ckp omputih lak. pemandu. sori silap. mukh ambik moto dia, moto EX5 kaler biru pakai rim 5 batang, ada tong kt belakang, parking tepi longkang. ceh macam bersajak pulak aku.

kami follow mukh dari belakang, kena tinggal kejap, tapi sebab ketereran mukh kami tak sesat. akhirnya kami sampai ke kuartes mukh. ala-ala apartment gitu. tapi boleh dikategorikan sebagai apartment. sebab aku tak tau rupa apartment tu mcam mana. aku agak ja. dah sampai kami parking bawah. dah memang tempat parking kat bawah, takkan nak parking kt atas pulak kan.

situasi sebelas: bilik mukh
mandai je kan letak nombor situasi.

kami masuk dalam lif, aku, mukh ngn tawel naik, judin ngan mael turun, budak berdua tu nak beli air, dahaga weh, bajet kat umah mukh tak ada apa-apa. sampai tingkat tiga belas jalan kedepan sikit, sampai lah umah mukh. umah besar, ada tiga bilik, sepatutnya empat, tapi yang satu tu aku tak tahu nak kategorikan sebagai bilik atau tak. tapi kt situ ada dua org menetap kata mukh. buka pintu bilik mukh aku duduk atas katil, aku bandingkan bilik mukh yang sekarang ni dengan bilik yang masa dia kt UUM dulu, lebih kurang sama ja. speaker yang kt U dulu pun masih elok, laptop masih yang lama, pandai dia jaga barang. tengok kat tepi nampak sejadah. yang ni aku jarang nampak dia guna masa kat UUM dulu.

dalam msa mukh mandi tu, judin ngan mael sampai, bawak air soya dengan roti ape tah, aku tak tengok pun ada logo halal ke tak, takkan orang nak buat roti dengan daging babi ea x? kalau ikut logiknya roti diperbuat dari gandum bukan dari babi, bodo la kalau kata haram. tapi kalau azhar idrus cakap haram, aku berani taruhkan jam tangan judin tu, yang mael takkan beli, dia kan admire dengan azhar idrus.

lepas mukh mandi, aku pulak yang mandi, lepas aku mndi, mael pulak yang mandi. judin aku tak pasti dia mandi ke tak. asik bergayut di telefon je. bila orang buat lawak, dia gelak-gelak sambil tutup mulut. dulu dia tak macam ni, kejutan budaya aku rasa. sambil-sambil tunggu giliran mandi tu kami buat perancangan untuk kemana lepas ni.

disebabkan semua yang ada kat situ belum makan lagi, kami ronda-ronda cari tempat makan. tawel kata nak makan western. bagi yang tak faham, western ni adalah makanan barat. mukh cakap kat kampung baru sedap. kami ikut ja, da memang ni kawasan mukh. kalau bangi boleh la aku bagi cadangan. ni KL beb. aku mana nak tau. tapi masa lalu kt depan kedai ikan bakar atau seafood, tawel tanya mukh, sedap tak kat situ. mukh cakap ikan rasa macam hampeh, dalam hati aku yakin yang mukh tak pernah masuk situ. malas nak bertekak. mukh ni kalau buat kepala pandai susah nak beta. kah kah kah.

sampai kat kampung baru, parking pulak susah nak dapat, maklum la tempat melayu, tempat cina mmg senang kata mukh. aku buat macam tak dengar jek. mael kusuyk je. ambil hati kot, siapa tahu. lepas jumpa parking kami jalan kaki kedai yang kami nak makan tu. masuk ja orang penuh sangt dalam kedai tu. kami cari meja kosong, dapat, tapi kerusi pulak tak ada. ada dua ja. judin ngn tawel dah ambik, aku ngn mael jalan la cari kerusi dalam sesak-sesak tu. mukh pegi mana tah.

lepak-lepak dekat sejam baru ada orng ambik order. baru ambik order, blom sampai lagi order tu. sambil tggu makanan yang dipesan sampai kami berbual mengenai kehidupan masing-masing. tapi bila budak-budak ni sembang pasal keja, gaji dan lain-lain, aku tengok langit jek. aku kan tak berkenaan. lepas sejam lagi, makanan pun sampai. aku order lamb chop, eh bukan aku yang order, tapi mukh yang orderkan. yang lain order apa tah. tapi macam sama jek aku tengok. lapa punya pasal aku bedal je, sos lada itam yang aku x boleh makan tu pun aku bedal je. kaver la depan membe, dalam hati menyumpah-nyumpah, kenapa la aku kena makan sos lada hitam ni. rezeki...jangan ditolak.

lepas makan kami beratur nak bayar, waktu tu aku cuma da 20 hinggit ja. dalam hati dah tak senang ni. tapi aku senyum sikit lepas tu. mukh yang blanja. dekat seratus lebih jugak tu. (hahahaha) aku tengok yang lain pun ikut senyum macam aku, tawel yang lebih-lebih senyum, mael dengan muka serius dia, tapi aku yakin dia mesti senyum dalam hati. judin masih cool lagi sambil buat-buat cakap dengan telefon.

lepas makan, mukh tanya nak pegi mana. semua jawab nak ronda-ronda kt KL. mukh kata ok. aku tengok jam dah pukul 1 pagi, patut la aku mengantuk. masa ronda-ronda tu, mukh bawak masuk satu lorong, banyak pompuan cina tunggu tepi jalan, pelacur aku rasa. ramai sangat, aku tengok judin sudah buat muka stim, tawel mata tak berkelip langsung. mukh rilek je, mugkin dia selalu datang sini kot. tapi yang aku peliknya mael tu. tgok macam tak ada nafsu ja. takkan lah dia..........mls aku nak buat fitnah.

puas ronda-ronda, kami singgah kat uptown mana tah, lupa aku tanya apa nama tempat tu. masa jalan-jalan kat situ, aku nampak awek free hair, badan kecik, lawa, comey, putih, jalan sorang-sorang. terasa dihati macam nak ejas. tapi bila fikirkan balik yang pengikut azhar idrus ada dengan kami. aku batalkan saja niat aku tu. mukh dengan judin pegi beli rokok, aku malas nak beli, baik aku pow je hahaha. lepas beli rokok mukh nak terkencing, berlari-lari anak dia ke siber kafe berdekatan. judin ikut serta. aku pun rasa nak kencing gak. tapi still boleh tahan lagi. mael dengan tawel rilek je aku tengok. mukh masuk dulu diikuti judin. kami bertiga ni tunggu ja kat luar. mael cakap deia dah ngantuk nak beli nescafe, nak tambahkan kafein supaya tak mengantok sangat. dia nampak kedai sebelah jual radix terus ja dia pegi beli. mukh keluar, aku cakap la aku nak terkencing jugak tapi takut tak ada orang. sebab masa mukh keluar tu aku nampak ada dua orang masuk tandas tu. tapi mukh selambe je cakap mna ada orang pun. aku pun masuk la. sampai dalam tu...aku rasa macam bodoh jek. semua tandas penuh. tak pasal-pasal kena jadi guard tandas kejap. aku rasa org yang dalam tandas tu tengah berak. lama semacam jek.

kami ronda-ronda dekat uptown tu agak lama jugak la. mael cakap dia nak beli seluar jeans, sapa yang kenal dia ni, mesti cakap buat apa dia beli sluar jeans tu. dia jarang pakai seluar jeans. nampak satu kedai yang jual seluar jeans, kami masuk, ada satu sluar tu comey kata judin. tapi bila tanya harga, kami semua terus blah. ronda punya ronda, jumpa jugak kedai yang sesuai, masuk kedai tu dekat stengah jam, baru mael beli sehelai.

lepas mael beli tu, kami lepak-lepak depan bus stop. isap rokok dlu. sambil tu sembang-sembang. tajuk pasal aku. aku cerita la macam mana aku bleh sambung blaja, malu aku nak sebut sambung master. nanti kalau kantoi, malu aku. wajib kena kutuk lah. lagipun aku bukan expect boleh sambung.. hahaha..lepas habis dua batang rokok. kami gerak. jam dah dekat pkul 3 pagi. gerak kerumah mukh, malas nak cari hotel.


nanti aku tulis lagi,... letih tangan aku... tapi nt akan masuk part yang paling best...
BAZAR KARAT..hahaha
nantikan sinki part 3.

bersambung..............





sinki part 1


................................................................
ni entri aku yang paling panjang, kalau nak baca silakan, kalau tak nak, aku tak kesah. aku peduli apa, nak baca ke tak. lagipun asik aku ja yang post kat blog ni. nak harapkan orang lain? hampeh..

ok, bermula dengan tajuk. kenapa aku letak sinki? sebab dulu aku pernah baca cerpen dalam buku antologi cerpen dan apa benda tah. masa form berapa pun aku dah tak ingat. tajuk antologi tu kerusi. cerita kat dalam tu langsung tak ada kene mengena dengan kerusi. tapi kalau aku letak tajuk kerusi, nanti ada orang ckp aku ni plagiat. sebab tu aku letak tajuk sinki. nampak macam kool je.. agak rare bagi aku.

disebabkan blog ni adalah blog bersama, sebab tu aku nak cerita pasal gatering yang dibuat oleh 5 warga blog ni. lima org ja, yang lain jauh kot, tak mampu samapai kuala lumpur lagi. sebelum tu aku nak cerita pasala aku dulu sebab aku admire dengan penulis entri bawah ni. bukan yg bawah ni. yang bawah ni aku tulis, yang satu lagi tu. aku lepas grad, mintak keja tak dapat2, mintak sambung blaja dapat lak. baru aku tau yang aku ni pandai. tapi ni pun blom tentu lagi aku btol2 dapat master. kalau ada rezeki tu adalah.

berbalik kepada cerita utama, gathering ni....alah aku cakap perjumpaan lah, senang sikit. perjumpaan ni dua hari lepas. pandai-pandai la tengok tarikh dia.

pkul 3 ptg, aku tggu dalam bilik. tak ada satu pun call dari budak-budak tu. aku ingat dah tak jadi, lagipun program ni dah penah postpone. sebab pernah postpone tu lah aku tak berapa yakin dengan budak-budak ni.

dekat pukul 5 awel telepon aku, dia ckp dia da masuk kawasan UKM, masa ni memamng aku betol-betol yakin yang program ni akan jadi. dia telefon aku lagi, cakap dia dah kat fakulti sains sosial, pehh...macam la aku tau kat mana, aku pun baru 2 bulan kt sini, mana aku hafal satu-satu fakultikat mana. tapi tak apa aku kuar cari. aku bawak moto RXZ tu terus...sampai fakulti yang disebutkan. dekat sangat dengan kolej aku. aku nampak keta tawel. aku yakin keta tu keta dia, tapi bila sampai dekat, tak ada org dalam keta tu. nyesal aku yakin sangat tadi. aku pusing-pusing kawasan UKM ni. tak jumpa. maklum la dalam kawasan UKM ni one way dalam bahasa melayunya sehala. dalam sepuluh mnt cmtu aku sampai balik kat keta tadi, baru sampai aku nampak tawel kluar dari fakulti. aku senyum,,,dia senyum balik. senyum dia masih comel sama dengan senyuman dia masa kat UUM dulu. tapi aku bukan gay, takkan la aku nak tergoda. dia pegi kat keta dia, aku cakap jom, dia ckp tggu kejap. baru aku tau dia datang dengan mael. ingtkan dia seorang. entah macam mana mael boleh pegi ke tempat dia. aku ingtkan mael nak datang dengan komuter.

dalam beberapa minit judin telefon. cakap dia dah samapai stesen LRT UKM. jadi kami ambik keputusan untuk bergerak terus la. tapi aku naik moto, kena la hantar moto ni balik kolej, ea dak?

samapai dekat stesen LRT tu aku ckp kat tawel, yang kat atas tu parking moto jek. dia yang tak percaya dengan selamber badak je bawak keta naik atas, akibatnya kena turun dengan gostan dalam bahasa kedah, mengundur bahasa bukunya. judin nampak kami. dia pegi kat kereta kami, tapi si tawel ni selambernya mengudur. tak pasal-pasal judin kena jalan kaki sampai ke bawah. masa tu jugak aku fikir, budak yang keja kerajaaan memang mcm ni ke?

untuk keluar dari pekan bangi aku tunjuk jalan. aku dah boleh kenal sikit-sikit jalan-jalan kat pekan bangi nih. walaupun sikit, jalan yang aku tunjukkan tepat dan tak pernah tersasar. bila kereta keluar dari pekan bangi masuk highway, aku serahkan kepada mael sebagai pemandu arah. tawel syorkan pakai GPS, tapi mael dengan selamber ja tak bagi, dia tahu jalan katanya. destinasi seterusnya adalah the curve untuk ambil mukh.

dari jauh sudah nampak bangunan the curve. aku tak berapa tahu nama bangunan, tapi mael cakp tu la bangunan the curve tu. sambil-sambil tu kami sembang dalam keta, mael cakap dia nak jaringkan goal, judin pulak keeper, lepas puas gelak ketawa, judin bukak cerita mengenai burr sedap-sedap mael ngan tawel ngutuk burr baru mereka sedar yang kami sudah terlepas simpang untuk masuk ke the curve tu. teruskan perjalanan cari jalan untuk pusing balik, jumpa tol. lepas tol tu mael dengan yakin suruh belok kiri. tapi tawel cakap minyak dah sampai E ni. ok cari kedai minyak dulu. sampai dekat kedai minyak, aku dengan judin pegi tandas isapm rokok, tawel isi minyak, mael dengan blurr-blurr pegi tanya brade mana tah jalan untuk ke the curve.

dah dapat peta dari brader tu, mael dengan yakin tunjuk jalan, berjaya pusing balik, masuk tol semula. mael dengan muka bangga cakap yess, alhamdulillah..dah nampak sekali lagi bangunan the curve tu...sampai satu simpang mael dengan muka bangga yang tak abis lagi tu suruh tawel belok kekanan. masuk ja kekanan, ntah jalan mana yang sampai pun tak tahu la. akibatnya kami pusing balik masuk tol semula. kali ni simpang untuk patah balik pulak terlepas, akibatnya agak jauh jugak kami pergi, masa ni ada yang suruh telefon mukh suruh mukh pegi cari la. apa la. macam lagi la. tambah-tambah tawel, dia bukan boleh cuak, kalau cuak sangat boleh menangis mamat ni. kami pusing balik. akhirnya selepas stengah jam kami sampai dengan selamat dekat the curve.

dah parking, kami kluar cari mukh. mael call mukh, dia ckp dia dekat e@curve bukan the curve. tapi tempat tu tak jauh dengan tempat kami parking. kami masuk the curve jalan-jalan tak jumpa jalan ke e@curve tu. tengok peta, mael dengan yakin sekali lagi cakap kat belakang bangunan ni, kami ikut je, kena lintas jalan, kami pun lintas jalan, tiga kali lintas jalan tak nampak-nampak lagi e@curve tu. mael telefon mukh sekali lagi, mukh cakap dekat dengan tempat macam bazar dekat dengan Mc D. untuk pengetahuan pembaca, kami dah jumpa hampir sepuluh kedai McD. ikut kata mael. tak jumpa jugak, kami pun ambik keputusan untuk sembahyang maghrib dulu. judin jadi imam. lepas sembahyang, kami teruskan pencarian. tanya sini, tanya sana, akhirnya nampak belon RHB bank. dah dekat ni kata tawel. mael angguk ja. judin buat muka tak yakin. last-last jumpa jugak.

masa jumpa tu kami tengok mukh sibuk semacam je, tengah speaking dengan cina mana tau. mungkin pasal keja. malas aku nak cerita macam-macam disini. teruskan ke pada perjalan untuk ke parking. kami jalan untuk ketempat parking kereta, lama jugak cari, tapi tak jumpa-jumpa. aku tanya mael, mana arahnya, mael cakap kesebelah kiri. kami ambik keputusan untuk ke sebelah kanan. dalam beberapa minit kami sampai tempat parking, tapi yang anehnya tiangnya kaler merah. tapi kami parking kat tempat yang tiangnya kaler hijau.
cari-cari tak jumpa. mukh sebagai eksekutif automobile kt RHB bank pegi tanya kt brader tengah kutip sampah. aku malas nak ambik pot. stay dari jauh dengan mael. lepas tanya tu mukh datang kearah kami, mael tanya mukh, kenapa tiang warna merah? mukh jawab dengan was-was, diorang baru cat tadi. mael angguk, tawel angguk, judin yang dari tadi senyap sudah mula ketawa, walaupun dia tutup mulut masa ketawa tu aku yakin, dia tengah ketawa, aku senyum ja.

babi.....banyak lagi yang kena tulis, letih ni,,,, nanti aku sambung......

!@#$%^&*

ni sapa yang pandai2 tuka header???







tapi ok..