Tuesday, April 3, 2012

sinki part 3


masa gerak kt rumah mukh tu, kami berbincang sesama sendiri, matlamat yang perlu ditetapkan untuk program esok hari. mukh cakap dia nak bawak pegi ke bazar karat, best kata dia, ada macam-macam. mukh ni kalau bab promote memang pandai, jadi tak sia-sia la dia keja dengan RHB bank. aku yang cuma pangkat pengikut saja dalam kereta ni cuma diamkan diri saja. padahal aku lah ketua projek, tapi aku tak berapa expert dengan bandaraya kuala lumpur yang juga ibu kota negara ke19 paling selamat di dunia ni, cuma diamkan saja.

dalam pukul 3.30 kot, kami sampai la dekat rumah mukh, nak parking pulak susah, sebab kt kuaters ni tempat parking memang dikhaskan untuk penghuni sahaja. setiap kotak parking sudah ada nombor pendaftaran. jadi kalau kita parking kat tempat orang, automatik kereta tu akan jadi milik kekal tuan punya tempat parking. ni undang-undang mana tah. aku ggogle kat hukum kanun melaka tak ada pun, aku google lagi tgok dekat undang-undang india zaman pemerintahan asoka, dimana undang-undang bertulis pertama pada tamadun mesopotamia yang dikenali sebagai undang-undang asoka ataupun tiang asoka, tak ada jugak hukum yang macam ni. tengok dekat guest parking, sudah penuh. jadi mukh ambil keputusan parking kt tempat orang yang dia jarang nampak orangparking situ. kadang-kadang saja orang parking sini. aku tengok muka mukh, mcam konfiden sangat, mael buat muka tak puas hati, judin masih melekat dengan telefon, tawel, mungkin dia dah mengantuk sangat, tak berapa nampak muka dia yang jambu tu. aku biasalah, sentiasa cool dalam apa jua keadaan, walaupun aku tak berpa harap sangat dengan kata-kata mukh tu.

akibat terlalu letih sangat, masuk ja dalam bilik mukh, tawel terus baring atas katil mukh. mael cari-cari tuala, nak berak katanya. judin da berenti pgg telefon, rokok winston light dibakar dan asapnya disedut kemudian dihembus slow-slow, sempat lagi dia buat asap o. nampak macho sikit judin ni bila buat macam tu. mukh pulak sebagai tuan rumah, ambik tilam kemudian hampar dekat ruang tamu, siapkan tempat tidur untuk kami, baru aku tau yang mukh ni caring orangnya. nampak gaya ala-ala makcik nak tidurkan anaknya saja. aku, isap rokok dari kotak rokok yang judin beli. rasa mengantuk jugak. lepas isap rokok aku baring sebelah tawel, tawel tanya aku nak tdo sini ke? aku tengok muka tawel macam tak puas hati ja. aku keluar ke ruang tamu, tengok mukh ngan judin dah mula start nak beradu. aku ambik pot tengah-tengah diantara mereka. mael yang baru siap berak kluar dari bilik air. nampaknya mael kena tido dengan tawel. judin pesan dekat tawel supaya ikat seluar ketat-ketat. malas aku nak fikirkan sebabnya. dalam masa nak tado tu kami yang dekat luar ni dengar bunyi macam katil nak patah. mael bergegas keluar bilik, mukh dengan judin gelak berdekah-dekah. kali ni judin dah tak kaver-kaver lagi, mulut dah tak ditutup. macam pelik pulak aku tengok judin ni bila gelak tak tutup mulut. masa dekat UUM dulu ada la sorang kawan yang suka gelak tutup-tutup mulut ni. tapi dia tutup mulut bersebab. tapi berlainan dengan judin, dlam hati aku fikir jugak lakenapa tadi dia tutup mulut masa gelak, tapi sekarang tak lagi. mungkin ada alasan yang tersendiri, siapa tahu kan. sebelum tido mukh cakap esok kena bangun awal nak ke pasar karat. pasar karat tu cuma buka diwaktu pagi jek, kalau pukul 6 pagi memang best la kata mukh. yang lain-lain siap kunci jam masing-masing, bersemangat untuk ke pasar karat esok hari.

(tepat pukul 6 pagi, kami bertolak ke pasar karat, dalam pukul 6.30 kami sampai ke pasar karat, pehh kalau sekali tengok memang meriah. sangat-sangat meriah. kalau siapa yang tak pernah pergi ke pasar karat ni memang tak lengkap hidup rasanya. macam-macam ada, benda yang kurun ke 5 pun ada, batu bersurat tengkera pun ada jual, surat sultan melaka untuk puteri hang li po pun aku tengok masih elok lagi dekat pak cik yang jual buah manggis tu. berbelanja sakan la kawan-kawan aku ni. aku yang ada 20 hinggit cuma tengok-tengok saja. dalam hati teringin nak beli polaroid tahun 1913 tu. walaupun harganya cuma 15 hinggit, tapi aku pendamkan saja niat aku tu. mukh beli spek mata antik yang dipakai elbert enstein masa dia darjah enam kot. mael pulak beli, seluar jeans yang david beckham pakai masa interview kerja dengan gomen dulu. memang epic gila aku tengok seluar tu. judin beli seterika antik yang pakai arang. dalam hati aku ngutuk-ngutuk judin, jadahnya beli seterika macam tu. tapi bila memikirkan yag dia nak kawin tak lama lagi, aku berenti ngutuk dalam hati. agak lama jugak la kami ronda-ronda pasar karat tu. dalam pukul 9.30 kami balik. akibat banyak sangat barang yang dibeli, tak muat semua barang tu untuk dimasukkan kedalm kereta, kami ambik keputusan masukkan yang mana boleh, yang tak boleh kami buang kat tong sampah berdekatan)

mungkin pembaca agak pelik kan kenapa aku italickan perenggan diatas, lepas tu ada kurungan lagi. sebabnya pasar karat tu hanya mainan fantasi. kami tak pergi pun. hakikatnya pada pagi tu, aku bangun paling awal. aku kejut judin, dia suruh aku mandi dulu, aku masuk bilik mukh kejut mael, mael bangun lalu ketandas. ingtkan dia mandi, tapi dia ambik air sembahyang saja. lepas mael solat, aku masuk bilik air. ambik air sembahyang jugak. lepas tu aku masuk bilik mukh tengok mael dah tak ada. aku solat dulu, lepas tu cari mael, jilaka mael tdo kt tempat aku. dah ambik bantal sekali. kau memang kejam mael. aku ingat nak mandi lepas tu kjutkan budak-budak ni nak pegi pasar karat. tapi niat aku mati disitu saja bila aku fikirkan balik, kalua aku mandi, lepas tu budak-budak ni bantai tido, nanti tak ke menyesal. lalu keputusan yang dibuat adalah tido sekali la. oleh yang demikian, pasar karat hanya mitos bagi kami semua.

pukul 9.30 pagi, mukh bangun, tawel bangun, judin bangun, mael bangun, semua bangun lah. buat penat je tulis satu-satu. masa bangun tu tak ada pulak yang sebut pasal pasar karat. tapi kalau ada yang sebut aku rasa mungkin yang akan makan penyepak dengan mukh, takpun mael. aku bab-bab sepak orang ni kurang sikit. tak berapa ilmiah sangat, tapi kalau tampar kt tempat yang sama laju-laju dan buat ulangan sebanyak 5 kali mungkin aku berminat.

mael orang pertama mandi, diikuti aku, judin dan mukh. tawel tak mandi pagi, mungkin sebab dia pernah duduk kt kota amsterdam dulu kot. kat situ mana ada orang yang mandi pagi. lagipun dia orang gomen. kalau bertekak dengan orang gomen ni, mesti yang menangnya BN. kami malas nak tegur.

lepas semua siap, dalam pukul sepuluh lebih gitu kami bertolak cari sarapan. sarapan mende dah pukul 10.30 dah. nak cakap makan apa ek? ok kita letakkan makan pagi, sebab waktu ni boleh dikira pagi lagi kan. ronda punya ronda, mukh cakap nak makan dekat malis koey teow. dekat situ char ko teow dia paling sedap area-area kuala lumpur ni. aku yang sejak dari awal tak berapa yakin dengan mukh ni iyakan saja. tapi tawel dengan judin nampak sangat excitednya. mael masih lagi blur-blur, mungkin kecewa tak dapat kepasar karat kot. malas aku nak tegur, nanti tak pasal-pasal aku yang kena sepak. tengok body mael ni dah la ketak-ketak. aku yang belajar tomoi ni pun gerun, tambah-tambah judin yang blom ada basic sepak bola dengan betol. semua malas nak cakap apa-apa jadi ikut saja kata-kata mukh tu.

dekat pukul sebelas lebih kami sampai dekat kedai tu. nampak macam ok jugak kedai ni. masuk dalam terus pegi order, aku mael dengan tawel makan char ko teow, mukh dengan judin makan nasi lemak ayam. masa order tu mukh cakap yang bila aku makan char ko teow mesti aku ingta kampung. aku diamkan diri dan angguk saja. kalah angin bahasa orang kedah.

bila makanan dah sampai, first impression terhadap char koey teow ni yang membezakan dengan tempat aku ialah, jumlah udang yang diletak. banyak. bila aku rasa ja.. lebih kurang sama macam tempat aku kat kedah. ada jugak orang KL pandai buat char koey teow ni. aku tengok tawel tambah ayam, mael pun nak tambah. aku ikut serta, walaupun tak pernah dibuat orang makan char koey teow ni makan dengan ayam. kami makan dengan berselera je. tapi mael tak makan udang. jadah apa makan char koey teow tapi tak makan udang. masa makan tu macam-macam yang diceritakan. semuanya berkisar hal -hal semasa dan kenangan dulu-dulu.

lepas makan kami kerumah mukh balik. nak hantar mukh. tawel cakap dia nak balik putrajaya, ada hal pukul 2 nanti. dalam kereta tu tak banyak yang dibualkan. ramai yang senyap, mungkin sebab frust tak dapat pergi ke pasar karat blom abis lagi dalam kepala masing-masing.

lepas hantar mukh pergi balik umah dia, kami meneruskan perjalanan ke UKM tempat aku menginap. dalam perjalanan tu semuanya senyap-senyap saja. sampai di UKM tawel terus balik. tinggal lah aku, judin dan mael.

mael yang letih tu terus saja baringkan diri atas katil, judin sempat online dulu chek fesbuk. aku balut rokok daun, tapi cari lighter tak jumpa pulak. aku ajak judin kluar beli lighter. kami keluar naik moto RXZ rumet aku. judin beli lighter dengan rokok surya 2 kotak. aku tak tau kenapa 2 kotak, segan pulak nak tanya.
balik bilik adik angkat mael mesej aku, tanya pasal mael, risaukn mael katanya. aku bagitau mael, mael ajak kami pergi KLCCjumpa mereka. aku yang tak pernah naik LRT ni agak nervous jugak la...

ok...bersambung lagi. nanti aku ceritakan babak romantis dan teh tiga layer pulak dekat KLCC. tawel komfem jeles bila baca nanti.. kah kah kah
nantikan part 4 yang terakhir.

3 comments:

Dak Gomen said...

sgt tak sabar nk tggu part last..dah mcm baca novel nih..huhuhu..

budak mont kiara said...

err suspen nye betul ke awel x mandi pagi.....

betul2 ke

Pasar Karat said...

tipu jerk la tue..
takkan la awel tak mandi pagi plak..
aku pon tak caya la..kalau mael yg tak mandi aku caya la..