Monday, April 2, 2012

sinki part 1


................................................................
ni entri aku yang paling panjang, kalau nak baca silakan, kalau tak nak, aku tak kesah. aku peduli apa, nak baca ke tak. lagipun asik aku ja yang post kat blog ni. nak harapkan orang lain? hampeh..

ok, bermula dengan tajuk. kenapa aku letak sinki? sebab dulu aku pernah baca cerpen dalam buku antologi cerpen dan apa benda tah. masa form berapa pun aku dah tak ingat. tajuk antologi tu kerusi. cerita kat dalam tu langsung tak ada kene mengena dengan kerusi. tapi kalau aku letak tajuk kerusi, nanti ada orang ckp aku ni plagiat. sebab tu aku letak tajuk sinki. nampak macam kool je.. agak rare bagi aku.

disebabkan blog ni adalah blog bersama, sebab tu aku nak cerita pasal gatering yang dibuat oleh 5 warga blog ni. lima org ja, yang lain jauh kot, tak mampu samapai kuala lumpur lagi. sebelum tu aku nak cerita pasala aku dulu sebab aku admire dengan penulis entri bawah ni. bukan yg bawah ni. yang bawah ni aku tulis, yang satu lagi tu. aku lepas grad, mintak keja tak dapat2, mintak sambung blaja dapat lak. baru aku tau yang aku ni pandai. tapi ni pun blom tentu lagi aku btol2 dapat master. kalau ada rezeki tu adalah.

berbalik kepada cerita utama, gathering ni....alah aku cakap perjumpaan lah, senang sikit. perjumpaan ni dua hari lepas. pandai-pandai la tengok tarikh dia.

pkul 3 ptg, aku tggu dalam bilik. tak ada satu pun call dari budak-budak tu. aku ingat dah tak jadi, lagipun program ni dah penah postpone. sebab pernah postpone tu lah aku tak berapa yakin dengan budak-budak ni.

dekat pukul 5 awel telepon aku, dia ckp dia da masuk kawasan UKM, masa ni memamng aku betol-betol yakin yang program ni akan jadi. dia telefon aku lagi, cakap dia dah kat fakulti sains sosial, pehh...macam la aku tau kat mana, aku pun baru 2 bulan kt sini, mana aku hafal satu-satu fakultikat mana. tapi tak apa aku kuar cari. aku bawak moto RXZ tu terus...sampai fakulti yang disebutkan. dekat sangat dengan kolej aku. aku nampak keta tawel. aku yakin keta tu keta dia, tapi bila sampai dekat, tak ada org dalam keta tu. nyesal aku yakin sangat tadi. aku pusing-pusing kawasan UKM ni. tak jumpa. maklum la dalam kawasan UKM ni one way dalam bahasa melayunya sehala. dalam sepuluh mnt cmtu aku sampai balik kat keta tadi, baru sampai aku nampak tawel kluar dari fakulti. aku senyum,,,dia senyum balik. senyum dia masih comel sama dengan senyuman dia masa kat UUM dulu. tapi aku bukan gay, takkan la aku nak tergoda. dia pegi kat keta dia, aku cakap jom, dia ckp tggu kejap. baru aku tau dia datang dengan mael. ingtkan dia seorang. entah macam mana mael boleh pegi ke tempat dia. aku ingtkan mael nak datang dengan komuter.

dalam beberapa minit judin telefon. cakap dia dah samapai stesen LRT UKM. jadi kami ambik keputusan untuk bergerak terus la. tapi aku naik moto, kena la hantar moto ni balik kolej, ea dak?

samapai dekat stesen LRT tu aku ckp kat tawel, yang kat atas tu parking moto jek. dia yang tak percaya dengan selamber badak je bawak keta naik atas, akibatnya kena turun dengan gostan dalam bahasa kedah, mengundur bahasa bukunya. judin nampak kami. dia pegi kat kereta kami, tapi si tawel ni selambernya mengudur. tak pasal-pasal judin kena jalan kaki sampai ke bawah. masa tu jugak aku fikir, budak yang keja kerajaaan memang mcm ni ke?

untuk keluar dari pekan bangi aku tunjuk jalan. aku dah boleh kenal sikit-sikit jalan-jalan kat pekan bangi nih. walaupun sikit, jalan yang aku tunjukkan tepat dan tak pernah tersasar. bila kereta keluar dari pekan bangi masuk highway, aku serahkan kepada mael sebagai pemandu arah. tawel syorkan pakai GPS, tapi mael dengan selamber ja tak bagi, dia tahu jalan katanya. destinasi seterusnya adalah the curve untuk ambil mukh.

dari jauh sudah nampak bangunan the curve. aku tak berapa tahu nama bangunan, tapi mael cakp tu la bangunan the curve tu. sambil-sambil tu kami sembang dalam keta, mael cakap dia nak jaringkan goal, judin pulak keeper, lepas puas gelak ketawa, judin bukak cerita mengenai burr sedap-sedap mael ngan tawel ngutuk burr baru mereka sedar yang kami sudah terlepas simpang untuk masuk ke the curve tu. teruskan perjalanan cari jalan untuk pusing balik, jumpa tol. lepas tol tu mael dengan yakin suruh belok kiri. tapi tawel cakap minyak dah sampai E ni. ok cari kedai minyak dulu. sampai dekat kedai minyak, aku dengan judin pegi tandas isapm rokok, tawel isi minyak, mael dengan blurr-blurr pegi tanya brade mana tah jalan untuk ke the curve.

dah dapat peta dari brader tu, mael dengan yakin tunjuk jalan, berjaya pusing balik, masuk tol semula. mael dengan muka bangga cakap yess, alhamdulillah..dah nampak sekali lagi bangunan the curve tu...sampai satu simpang mael dengan muka bangga yang tak abis lagi tu suruh tawel belok kekanan. masuk ja kekanan, ntah jalan mana yang sampai pun tak tahu la. akibatnya kami pusing balik masuk tol semula. kali ni simpang untuk patah balik pulak terlepas, akibatnya agak jauh jugak kami pergi, masa ni ada yang suruh telefon mukh suruh mukh pegi cari la. apa la. macam lagi la. tambah-tambah tawel, dia bukan boleh cuak, kalau cuak sangat boleh menangis mamat ni. kami pusing balik. akhirnya selepas stengah jam kami sampai dengan selamat dekat the curve.

dah parking, kami kluar cari mukh. mael call mukh, dia ckp dia dekat e@curve bukan the curve. tapi tempat tu tak jauh dengan tempat kami parking. kami masuk the curve jalan-jalan tak jumpa jalan ke e@curve tu. tengok peta, mael dengan yakin sekali lagi cakap kat belakang bangunan ni, kami ikut je, kena lintas jalan, kami pun lintas jalan, tiga kali lintas jalan tak nampak-nampak lagi e@curve tu. mael telefon mukh sekali lagi, mukh cakap dekat dengan tempat macam bazar dekat dengan Mc D. untuk pengetahuan pembaca, kami dah jumpa hampir sepuluh kedai McD. ikut kata mael. tak jumpa jugak, kami pun ambik keputusan untuk sembahyang maghrib dulu. judin jadi imam. lepas sembahyang, kami teruskan pencarian. tanya sini, tanya sana, akhirnya nampak belon RHB bank. dah dekat ni kata tawel. mael angguk ja. judin buat muka tak yakin. last-last jumpa jugak.

masa jumpa tu kami tengok mukh sibuk semacam je, tengah speaking dengan cina mana tau. mungkin pasal keja. malas aku nak cerita macam-macam disini. teruskan ke pada perjalan untuk ke parking. kami jalan untuk ketempat parking kereta, lama jugak cari, tapi tak jumpa-jumpa. aku tanya mael, mana arahnya, mael cakap kesebelah kiri. kami ambik keputusan untuk ke sebelah kanan. dalam beberapa minit kami sampai tempat parking, tapi yang anehnya tiangnya kaler merah. tapi kami parking kat tempat yang tiangnya kaler hijau.
cari-cari tak jumpa. mukh sebagai eksekutif automobile kt RHB bank pegi tanya kt brader tengah kutip sampah. aku malas nak ambik pot. stay dari jauh dengan mael. lepas tanya tu mukh datang kearah kami, mael tanya mukh, kenapa tiang warna merah? mukh jawab dengan was-was, diorang baru cat tadi. mael angguk, tawel angguk, judin yang dari tadi senyap sudah mula ketawa, walaupun dia tutup mulut masa ketawa tu aku yakin, dia tengah ketawa, aku senyum ja.

babi.....banyak lagi yang kena tulis, letih ni,,,, nanti aku sambung......

7 comments:

Dak Gomen said...

knpa typing error.. Samapai..hahhaa :)) byk lagi kisah nih yg lucu..damn la.. kalau nk cite semua..tak abes lagi kot..hahhaha :))

bigbrother said...

insyaallah aku rasa kena guna 3 entri nih... hahahaha

Dak Gomen said...

bagus2..mmg gaya penulisan entri yg nmpak sgt perubahan nya..teruskan usaha anda..Chill bro...hhuhu

bigbrother said...

mna yg lain nih? x komen2 pun...

Anonymous said...

aku nak komen pasal kerusi. kerusi dalam antologi itu diumpamakan sebagai kuasa. tu je komen aku.

bigbrother said...

masa makan tadi aku basuh tangan. teringat sinki. tu yang aku letak tajuk ni tuh.

Sudu & Garpu said...

apa yg cuba di sampaikan pada sinki dengan cerita ini?? plis expalian..