Tuesday, April 3, 2012

sinki part 4 (finale)


siap saja mandi. aku kena hantar mael dulu pegi kat stesen LRT UKM. nak hantar sekaligus mana boleh sebab kena hantar dengan moto. RXZ pulak tu. kalau kereta mungkin la.. ni moto beb. kena berulang alik. nasib stesen LRT tu dekat ja. kalau jauh mampos aku. dah minyak moto ni kuat gila dia makan. seminggu sepuloh ringgit. lepas hantar mael aku balik nak ambik judin pulak. yang si judin ni selamber ja, tengah chat kat fesbuk. dengan sapa pun aku tak pasti. tapi aku cakap cepat, pantas pulak dia siap, mael yang memang sejak azalai seorang pelupa lupa seluar dia yang dibeli kat uptown tu. aku dengan judin dengan rasa baik hatinya tolong bawakkan. tapi kalau judin tak perasan. da lama aku rembat. haha.

sampai di stesen LRT. mael dah beli tiket. untuk 3 org. aku jadi gabra, sebab 1st time nak naik LRT ni. apa yang aku pikirkan adalah macam mana aku nak balik sorang-sorang nanti. kalau sesat macam mana? dalam tv banyak tunjuk cerita yang mengatakan kat KL ni ramai orang jahat, nanti kalau aku kena rompak macam mana. pelbagai telahan dan andaian menghantui fikiran aku. terlalu konservatifkan aku ni. kalau aku hidup zaman paleolitik aku tak risau sangat, sebab mana ada LRT lagi masa zaman tu. lagipun masa tu manusia belum kenal lagi rupa bentuk pistol dengan senapang. aku rasa zaman tu lagi selamat dari zaman sekarang. walaupun aku sekarang berada dalam negara ke 19 paling selamat didunia, tapi aku tak berapa yakin. teringat aku pada kes derang yang kena bunuh tu. naik cuak aku.

dekat setengah jam kami tunggu, sebuah komuter pun tiba. aku tak boleh bezakan antara LRT dengan komuter. yang tahu tu pandai-pandai la nilaikan ea. aku main belasah je sebut. masa naik tu, orang agak ramai. baru aku tau, dalam LRT ni hanya orang yang bertuah saja akan dapat tempat duduk. aku, mael, dan judin kena berdiri. mael ambik pot sebelah pintu. judin pulak ambik pot depan mael. aku berdiri kat tengah-tengah. gila punya ramai orang. masa LRT ni melalui stesen kajang ok lagi. lalu pulak stesen serdang masih ok. tapi bila sampai salak selatan dan bandar tasik selatan. orang dah makin penuh. berhimpit-himpit aku. mael dengan judin aku tengok rilek je. diorang berdiri kt tepi memang la. aku yang kat tengah ni. pehhh.. macam nak muntah. ramai sangat. yang paling aku sakit hati, bila sampai stesen mid valley. kena himpit-himpit macam ikan sardin dah. tak ada ruang nak bergerak. aku risaukan dompet aku. aku kuarkan suruh judin masukkan dalam beg dia. maklum la pertama kali naik. sentiasa berhati-hati. dalam sejam gitu dalam LRT tu kami pun sampai dekat KL sentral. punyalah ramai orang. aku rasa kalau ada yang buat sembang tak reti masa ni dengan aku, dah makan penyepak sulong ni. sakit hati gila.

ingatkan bila dah sampai KL sentral ni boleh jalan kaki sampai KLCC. tapi telahan aku silap banyak. kena tuka train. naik LRT lain pulak. Yang ni aku komfem namanya LRT. yang aku naik tadi tu komuter kot. nak beli tiket satu hal, semuanya pakai elektronik, pakai mesin. tak payah beli kat kaunter. jadi baru aku paham apa itu teknologi, yang aku tau malaysia belom lagi bertaraf negara maju. tahun 2020 nanti kot. tapi aku tak yakin sangat dengan yang itu. mael buat kepala pandai pegi beli tiket. lepas tu dia bagi tiket kat aku. jadahnya tiket macam ni?


tenok macam ni ada rupa macam tiket ke? dah macam syiling zaman 2020 nanti je. tapi nak maki banyak-banyak pun tak guna. kami beli jugak la. masa nak naik tu kami silap tempat. patut yang sebelah lagi. mael yang keletihan terpaksa berlari-lari anak untuk sampai ke sebelah yang satu lagi. judin yang jarang berlari dalam hidupnya aku tengok macam kangaroo terlepas bas jek. aku jalan dengan steady je. tapi aku la yang paling depan. dulu aku kan sprinter kat sekolah. cuma kat U ja aku malas nak tunjuk hebat. masa naik train ni aku rasa selesa sikit. laju pulak tu. dalam 15 minit ja kami dah sampai KLCC.

dah sampai tu aku ingatkan mael ni tahu jalan-jalan kat sini. tapi selamber je dia cakap yang dia datang sini empat tahun lepas. aku pun boleh cakap aku pernah ikut rombongan sekolah pegi dekat petrosains. tapi masa kat sini dengan budak-budak ni aku tak jumpa pulak petrosains. mungkin kt bangunan yang satu lagi. KLCC kan bangunan berkembar mesti la ada dua bangunan. mael telefon adik angkat dia, farah namanya. mendengar nama sahaja sudah tentu semua pembaca dapat mengagak kan yang orangnya macam mana. takkan nak kena aku letak gamba dia kat sini pulak. tak pasal-pasal kena marah dengan mael nanti. (aku rasa tawel tengah panas hati tu, mungkin sebab dia tak ikut)

lepas sampai tu aku dengan judin jumpa pot isap rokok, berenti dulu la.gila kot, dekat 2 jam tak isap rokok. sambil-sambil tu mael ambik gambar dengan hensetnya yang mahal tu. aku benci tengok muka mael bila ambik gamba, kaver-kaver macam orang tak cukup umo, tak macho langsung. judin muka serius gila. maklum la nak jumpa adik angkat mael. awek tu. judin ni kalau dengan pompuan memang selalu serius. tapi ni cerita dulu, aku dengar dia sekarang sudah menjadi pencinta yang setia. mungkin usia telah mengubah segalanya. mael pulak yang lain nya. dulu bila tengok mael nampak matang dalam segala hal. tapi sejak dia pakai henset samsung yang mahal tu (aku taktau jenis apa) dia dah mula dengan perangai keanak-anakkan. sebab ni yang membuatkan aku benci dengan teknologi. mencemar alam rasanya.

mael telefon adk angkat dia, diorang cakap ada dekat food court dekat dengan ayam penyet. bila dengar je nama ayam penyet, aku terbayangkan ayam yang kena penyet dengan tayar lori. ada jugak orang kat KL makan benda macam tu. tak bertamadun langsung. aku ingatkan mael tahu tempatnya, tapi bila mael pegi dekat peta cari lokasinya, aku yakin yang mael ni tengah blurr.

dalam 5 minit mencari, kami sampai ke foodcourt yang dicari, dari jauh aku nampak farah melambai-lambai tagan kearah kami. mael dengan judin masih tercari-cari. aku yang nampak dah ni buat la kepala pandai. buat macam aku selalu datang kt KLCC ni. aku ajak judin dengan mael pegi kat budak-budak pompuan tu. aku ambik tempat duduk jauh sikit dengan pompuan tu, mael duduk sebelah farah, judin duduk sebelah awek mana tah. kawan farah kot. mael tanya kat budak-budak pompuan tu nak makan apa? diorang cakap dah kenyang.

aku, mael dan judin pegi kat kaunter ayam penyet tu, baru aku tau yang ayam penyet ni masakan jawa. nyesal aku buat fitnah tadi. tak pepasal dapat dosa kering. aku order nasik ayam, mael order sama macam aku, tapi si judin ni syaitan apa yang merasuk dia pun aku tak tau. dia boleh order sup ekor saja. diulang hanya sup ekor. tak ada menda lain ke nak order. nak marah takut judin ni kecik ati pulak. tapi aku rasa mungkin judin ingat macho kot makan sup ekor depan pompuan.

sambil tunggu nasi ayam dengan sup ekor ni siap, kami pergi order air. air semua nak yang mahal-mahal. tapi bila pkkan balik yang benda yang dijual kat KLCC ni tak ada yang murah, kami beli je apa yang ada. air judin teh 3 layer, mael kopi 3 layer, aku punya air nipelik sikit, aku dah lupa la namanya, tapi ada java-java belakang dia. nampak macam berkafein. aku order je, rasa macam mana nanti aku terima je lah.

masa nak makan tu aku rasa air aku, agak pahit sikit, aku rasa air judin manis sikit ja. tapi bila aku rasa air mael, pehhh, rasa macam aku gigit pokok tongkat ali mentah-mentah. aku dengan judin berdekah-dekah gelak. tapi walau gelak kuat-kuat judin still dengan gaya tutup-tutup mulut masa gelak. nampak comey sangat. tak tau la kalau-kalau ada diantara perempuan yang ada kat situ terpikat. aku yang agak kenya ni makan jugak bagi habis. tak baik membazir. aku rasa sup ekor judin sikit, tapi rasa macam letak air dengan ekor ja. hampeh. failed gila pembuat sup ni. aku yang tak pandai masak pun boleh buat sup yang lagi sedap dari ni.



lepas makan judin minta diri untuk ke tandas, memang sopan si judin ni, aku pun tak tahu bila dia berubah macam ni, naik risau pulak aku tengok. dah macam terikut rentak mael pulak. masa ketiadaaan judin tu aku pun ambik peluang beramah mesra dengan awek-awek yang ada, empat orang kesemuanya. tapi yang tak bestnya aku yang kena soal siasat. biasalah orang hensem lagi macho macam aku siapa yang nak menolak. ibarat menolak tuah pulak kalau ada yang tak mahu.

lepas judin ni sampai kami ke tempat jual buku, kedai kinokimiya kot kalau tak salah. farah bawakkan aku ketempat tu sebab aku nak beli buku-buku fixi. saja nak abiskan baucer aku yang tinggal RM50 saja. dah sampai tu awek-awek yang lain tergejut tengok aku beli novel, almaklum la mamat macho dan segak macam aku ni beli novel, lagi la mereka ni cair. judin hilang masa kat kedai buku ni. entah kemana pun aku tak tahu. aku call dia dia cakap dia kat kedai sukan. memang aku syak judi ni kena rasuk sebab selama aku kenal dia ni tak pernah masuk kedai-kedai macam tu. risau aku dah melampau ni.

lepas tu kami sembang-sembang kejap dengan awek-awek tadi tu, diorang mnta diri untuk balik. judin ajak masuk kedai jam. kami ikut ja. dia tengok-tengok, pastu dia cakap dh jumpa. aku senyum ja, mael buat tak dengar jek.

mael ajak ke surau kerana waktu asar da nak abis. kami jalan-jalan kesurau, jumpa pulak dengan geng-geng pompuan tadi. aku selamber ja suruh geng-geng tu pegang buku yang aku beli tadi, mael ikut suruh jugak, judin bagi beg dia terus. haha. masuk sembahyang, macam biasa, judin jadi imam. kali ni doanya panjang sikit. tapi mael tak jadi makmum, dia sembahyang sorang-sorang kat tepi tiang. tak yakin kot dengan judin.

selesai solat kami gerak sekali dengan geng-geng pompuan tu ke stesen LRT. aku jalan beriringan dengan farah, dambil berbual-bual mengenai perkara yang tidak perlu aku cakapkan. agak lama jugak kami jalan macam tu, dah macam loving couple pulak aku rasa. (tawel jangan emo). dah jauh kedepan kami pusing belakang, langsung tak nampak kelibat yang lain. tinggallah kami berdua-duaan di depan. agak lama jugak. lepas tu membe farah yang dua orang lagi sampai. agak potong stim bagi aku. tak lama lepas tu mael, judin dan sorang lagi membe farah sampai. aku dengan judin lepak kejap, isap rokok, farah dengan geng-geng dia mnta diri untuk balik. aku dengan berat hati membenarkan saja.

kami beli tiket LRT untuk balik ketempat masing-masing. tapi lepa beli tiket, judin ajak lepak-lepak dulu. aku iya kan saja. malas nak membantah. lagipun aku tak berapa pandai naik menatang ni. kami naik LRT sampai ke KL sentral semula. masa sampai disini, kami beli tiket dan mael nak ketandas. aku dengan judin masuk watson dulu, tak beli apa-apa pun. yang mael ni lama pulak dia kat dalam tandas tu. lepas tu kami beli aiskrim dan makan sambilisap rokok.
nervous aku kian memuncak sebab aku nak kena naik LRT sorang-sorang ni. tapi mael dengan judin janji nak hantar aku sampai kepintu LRT aku rasa lega sikit.

dalam pukul 7 lebih-lebih macam tu LRT aku sampai dulu. selamat, kalau LRT judin dengan mael yang sampai dulu, mahu terkial-kial aku. aku naik sorang-sorang. masa aku nak naik tu aku tengok muka judin sedih sangat, mungkin sebab nak berpisah dengan aku, mael pulak buat muka tak bersalah tapi aku tengok mata dia berkaca. tahan air mata lettew. bagi aku rilek je. bukan nak pergi mati pun.

bila LRT aku melepasi bandar tasik selatan tiba-tiba lampu semua terpadam, LRT tu berenti sendiri. aku mula gelisah, takut dicabul. keadaan jadi gelap, aku makin gelisah. tak berapa lama lampu kecemasan pula yang menyala. ni yang buat aku cuak ni, mahu saja aku telefon mael tanya khabar. tapi aku berasa lega selepas beberapa minit LRT tu mula bergerak semula. fuhhh kacau idup aku macam ni. buat saspen ja.

dalam lingkungan antara pulul lapan dan sembilan, aku selamat sampai ke UKM. letih gila.
thanks to my friend. credit to mohd mukhlis yang belanja makan western dengan char koey teow. mohd hafizuddin yang support minyak dan tiket LRT. mohd ismael yang bayar semua tol-tol yang dilalui, walaupun sampai habis point kad touch n go tawel. mohd azarul yang tuan punya kereta persona. yang lain tu nanti kita buat gatering sama-sama pulak. insyaALLAH. may god bless U all. sahabat sampai mati. dalam kubur nanti hal masing-masing. kah kah kah.

sapa-sapa yang edit memang aku sepak la. penat weh nak mengarang ni. ni pun lepas aku post pasal header, lepas tu kena sound, suruh aku tulis panjang-panjang. padan muka, memang panjang kali ni aku tulis. nak baca silakan tapi mohon komen, kalu tak nak baca aku peduli hapa.
bye.

p/s: mohon maaf kalau kata-kata dalam kispen ini ada yang menyakitkan hati mana-mana pihak. ampunkan daku. saya masih amatur dalam penulisan ini. ingat nak tulis panjang-panjang lagi tapi letih weh, blog-blog lain pun bnyak lagi nak kena tulis. tapi kispen aku yang paling panjang akan keluar dalam blog emo. hahaha. maaf sekali lagi.

5 comments:

anset samsung said...

yang ko nek tu komuterla...badigol sood...

mmg judin banyak da berubah...

bigbrother said...

mana aku tau bengon.. hahaha

Dak Gomen said...

hahahha :)) od aku pon tak pnh nek komuter sorg2..kalau sorg2 mmmg tak naik la..huhuhu...

bigbrother said...

apasal komen pasal komuter.. komen la pasal farah tawel... hahahahahaha

Dak Gomen said...

hahahaha :)) sy tade semasa hari kejadian..so tak leh nk komen apa2.. so no comment..huhuhu