Thursday, June 7, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 6

fikir punya fikir akhirnya kata sepakat diperolehi, langkah seterusnya adalah mencari hadiah untuk perkahwinan black. jadi tempat untuk mencari hadiah tentulah supermarket, takkan nak cari dekat masjid pulak. mentang la black tu bekas imam blog G di kolej eon dulu. sahak bagi cadangan pergi rembat sejadah dekat surau tepi umah black, yang peliknya yus dengan mael selambe ja setuju cadangan gila tu. sahak ni jenis kalau melawak muka mesti serius. mukh dengan judin senyum sahaja. sangat sinis senyuman mereka. kalau ada awek lalu dua tiga orang ni mesti sangkut punya. daya penarik budak dua ekor ni memang kuat kalau nak dibandingkan watak sampingan dan ban2. miji dengan kemeja petak-petak rambur ngerbang serta kasut converse versi 90-an diamkan dir sahaja selambe sahaja riak wajahnya. memang susah dijangka dia ni. (eh, ada aku tertinggal lagi tak?)

keputusan dibuat, beli hadiah dekat giant teluk intan, tak jauh sangat dengan rumah black.

sampai sahaja di giant teluk intan tu, semua masuk buat hal masing-masing, ada yang duduk dekat kerusi urut yang 3 minit singgit. ada yang jalan-jalan tengok telefon model baru. sorang pun tak kisah tentang hadiah. tawel yang merupakan pengarah lantikan sendiri, dah marah-marah, mukanya masam mencuka, tak boleh diharap langsung budak-budak ni, kata tawel dalam hati.
dengan veto yang dipunyai, tawel menjerkah semua yang ada. kakak yang jual aiskrim pun hampir sesak nafas dengar suara tawel. kuat sangat. yang lain dengan muka tertunduk-tunduk seperti angsa mengikut arahan tuannya berjalan kearah tawel.

mendengar titah tawel yang berjam-jam lamanya membuatkan ban2 yang heavyweight hampir pitam, nasib yus yang berpengalaman dalam kelab st. john masa sekolah sempat melakukan cpr. ban2 berjaya diselamatkan.

semua ikut perintah tawel, naik ke tingkat dua untuk membeli hadiah untuk black,
pusing-pusing giant tu macam-macam yang nak dibeli, peti ais, kipas siling, radio kaset, ada yang nak beli kereta myvi. yus nak beli televisyen, tapi nak bayar muka ja, bulan-bulan suruh black sambung katanya. memang tak ada kesedaran sivik sikit yus ni, si sahak pula nak belikan songkok bagi memudahkan black pergi semayang jumaat, nampak tak yang sahak ni kuat beragama? si mukh nak beli kapal terbang kontrol jenis tahun 60-an buatan itali, sebab mukh memang sokong itali dalam euro, nampak tak yang mukh ni tak minat bola?

last-last sekali kami beli sesuatu yang bermakna buat pasangan pengantin baru tersebut. seorang seratus lapan belas ringgit. mahalkan. jumlah itu didarabkan dengan sembilan sebab watak sampingan tidak termasuk dalam share. memang watak sampingan betul.

masalah yang kedua ialah nak balut hadiah dan cari kad untuk ditulis bagi menandakan kami yang bagi hadiah tersebut.

dalam sejam cari kad, maka kami jumpa kad yang sesuai, semua pakat-pakat nak menulis. sood tulis last sekali, yang lain lepas tulis sibuk bergambar kecuali sahak. turun kebawwah awal sikit sebab nak beli coolblog. yang lain ikut serta.

masa beli coolblog tu semua nampak excited, sood yang pernah kerja coolblog tu tahu semua perisa yang ada, tapi ban2 buat pandai beli green tea, nah ambik, pahit dan berangin. yang lain order dan tinggalkan duit. sebab nak pergi kat kerusi urut. singgit 3 minit. maklumla dengar titah tawel lama sangat tadi, kaki-kai semua dah lenguh-lenguh. kaki yus dah nampak tulang yang terkeluar, tempurung lutut dah lama tersembul keluar, tapi ban2 yang agak berat sikit pijak lutut yus. kali ini yus pula yang terselamat.

selesai semua yang dirancangkan, kami telefon black untuk tunjukkan kami rumah tumpangan yang disewa khas untuk kami tidur pada malam nanti.

sampai sahaja dirumah, ban2 ambil semua tilam masukkan dalam biliktidur utama yang berpenghawa dingin. yang lain tengok dengan sifat yang agak pelik, kenapa ban2 terlalu hyper bila dapat rumah ni. judin yang paling rilek, cari bantal dan tidur disofa yang paling empuk. mukh ikut serta. yang lain pun ikut serta jugak kot, tapi ban2 sorang ja yang tak tidur. semuanya keletihan yang amat sangat.

letih menjalani perjalanan yang jauh, dari pagi sampai ke petang. ada sesetengah yang pergi membuang dulu. ada yang rhat-rehat kejap, pastu tidur. kasihannn....

3 comments:

Anonymous said...

wakakaka hampir 50 % ko adopt ekkk

mad dien said...

xde cite pasal pisang ke?????

ZaruLe said...

bila plak aku bertempik kat giant tuh..aku bersopan santun jerk..huhuhu..tp takpe..jalan cite menarik..huhuhu..