Friday, June 8, 2012

ubi - bila gambar bercerita part 7

jerkahan tawel mengejutkan semua penghuni homestay tersebut. jam telah menunjukkan ke angkan sembilan, tetapi masih ada kutu-kutu yang diulit mimpi, sedangkan janji dengan black untuk sampai dirumahnya pada malam itu ialah sebelum pukul sembilan. di muka tawel jelas terpancar kerisauan yang amat sangat. dengan sekali tempik, rakan-rakan yang lain terus bergegas kebilik mandi, sahak sampai dulu didepan bilik mandi, namun balik kuang yang dilakukan ban2 membuatkan dia berjaya mendahului sahak untuk mandi. ban2 senyum, sahak kecewa. mael yang masih blur-blur ambil kamera untuk manangkap beberapa keping gamba keadaan kelam kabut yang berlaku, tapi oleh kerana tengah blur, mael terlupa untuk menekan butang on pada kamera yang mahalnya. oleh itu,,,,,,,tiada gambar untuk tatapan semasa kejadian kelam kabut tersebut.

keadaan di rumah black pada waktu malam tidak seperti siang tadi, jika siang tadi, keadaan yang riuh dengan tetamu yang hadir dan lambakan budak-budak yang tidak dikenali oleh mukh, mala ini penuh dengan keriangan ahli keluarga black. hadiah yang diberi oleh rakan-rakan dan juga saudaru black dan kakaknya tersusun rapi diatas meja, masih belum berbuka. mael yang mendahului rakan-rakan yang lain menyampaikan hadiah yang dibeli petaNg tadi kepada black. black menerima dengan tangan kanan, tetapi oleh kerana hadiah itu terlalu berat, maka black terpaksa menggunakan kedua-dua tangannya. black senyum, tapi yang anehnya, tiada siapapun perasan waktu bila watak sampingan menyampaikan hadiahnya kepada black.

menu pada malam itu ialah laksa dan air oren. sahak makan bertambah, akibatnya dia sakit perut, nak masukberak dalam rumah black, tetamu ramai. tahan sajalah fikirnya. yang lain makan dengan berselera, kecuali mukh yang kurang sikit dengan laksa. nanti kita cari drive thru kata mukh kepada sorang brader yang juga tetamu black, mungkin dia orang dekat-dekat situ, tetapi dengan kata-kata mukh yang dia tidak kenal, brader tadi terpinga-pinga kehairanan. nampak tak mukh kalau dah lapar tak kira siapa, dia pasti akan menegur, tak kiralah samaada kenal ataupun tak. nampak tak? nampak tak? tak nampak pun tak apa.

selesai menjamu selera dengan laksa yang judin kategorikan sebagai laksa gred A- mereka diberi cenderahati. cantik, tapi isinya biasa-biasa sahaja. dengan perut yang tidak berapa kenyang, mereka mengangkat punggung kearah khemah pengantin kerana disitu adalah depan-depan dengan pintu rumah black. tunggu untuk melihat pasangan pengantin memotong kek pula, cerita pasal potong kek ini, asalnya adalah tradisi orang-orang barat dan kini digunakan oleh orang-orang melayu sebagai tradisi. zaman sekarang memang ramai orang melayu yang suka "plagiat" tapi dalam ramai-ramai sahabat yang ada hanya judin yang jarang plagiat, dia sudah pandai berbloging, kisah samad sudah baligh pun belum habis ditulis lagi. entah bila dia nak habiskan, ramai pembaca sedang menunggu tulisan judin. nak link tak? tak nak pun tak apa.


amboi

kelibat pengantin pada malam itu sungguh menawan dan memukau pada pandangn sahak. dalam ramai-ramai yang ada, taste sahak dalam penilaian adalah yang paling lemah. pasangan pengantin nampak sangat bersahaja apabila bermanja-manja didepan khalayak umum. nasib perkara yang tidak diingini tidak berlaku.
kek dipotong dan diberi kepaada tetamu yang hadir, judin makan dengan berselera kek tersebut, langsung tidak meninggalkan sisa untuk sahak, sahak yang dari tadi amat teringin nak makan kek kempunan apabila setiap potong kek yang sampai dihadapannya dihabiskan oleh judin. nampak tenang juding mengunyah kek sepotong demi sepotong, langsung tiada belas terhadap sahak. dalam keadaaan yang tidak sedar air liur sahak mengalir deras, tersipu-sipu sahak dihapan mael yang sedang pegang kamera. sood dengan miji makan kek sepotong dua orang pun tak habis.
dua tingkat kek tidak menjamin kekenyangan kepada kutu-kutu yang hadir. mereka melangkah kekereta dengan tujuan bersiar-siar ke teluk intan.

pada awal perancangan ban2 yang merangkap timbalan pengarah dalam keadaan tak sedar, destinasi seterusnya ialah mencari tempat untuk berkaraoke, tetapi akibat pemanduan yang tidak berhemat oleh yus maka kesemuanya terlajak sampai ke ITALI, depan menara pisa, iaitu menara condong tertinggi didunia, mukh paling excited, bergegar lutut dia semasa turun dari kereta.

tak ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan semasa disini, hanya berjalan-jalan di pasar depan menara condong dan bergambar sahaja yang dilakukan. gambar-gambar yang ada cuma berlatarbelakangkan menara condong tersebut, tak perlu diupload nanti tak ada orang nak membaca, kalau dah tengok gambar.

mukh yang kelaparan akibat tidak makan laksa tadi, terus pergi mencari kebab yang dijual pakcik jalanan. semua yang ada ikut serta, kecuali mael yang merasakan dengan membeli saat akhir dia akan dapat murah, terlalu ortodoks dan konservatif sikit pemikirannya. hanya judin yang membeli kebab kambing, judin memang suka makan kambing, kalau dah sampai menunggu dekat sejam, perkara yang dilakukan mestilah bergamba, tetapi mael tak upload gamba masa membeli burger maka tidaklah pula gamba-gambar akan diupload disini.

burger yang dibeli semuanya sudah ditangan masing-masing, semuanya kembali kekerata, ingin balik kerumah tumpangan semula.

\
sempat juga mereka mengambil gambar sebelum bertolak balik, tapi sebelum sampai kekereta, ramai yang masuk ke kedai seven eleven untuk membeli minuman, miji membeli berus dan juga ubat gigi, manakala judin membeli daun terup untuk mengisi kebosanan yang ada sebelum tidur malam nanti katanya, sebenarnya idea untuk membeli daun tu datangnya dari sood dan dipersetujui oleh sahak. selesai membeli barang yang ingin dicari, mereka bertolak balik, agak letih kerana mengharungi seharian perjalanan, tapi dah ada sedikit rehat pada petang tadi.

sampai sahaja dirumah sewa, yus yang sakit perut, berlari-lari anak kearah tandas dalam rumah. namun niatnya untuk membuang mati didepan pintu. dia berjalan lambat-lambat kearah ruang tamu dengan wajah yang sugul, kecewa dan marah. dengan muka yang sangat serius, dia menuding jari kearah tawel, tawel!!! pergi curahkan air kat atas sisa pembuangan kau,. dengan nada marah tawel cakap bukal sisa punya dia, lalu dia tudingkan jari kearah watak sampingan. watak sampingan yang tengah khusyuk menonton cerita bourne ultimatum dengan gaya bersahaja menjawab "aku cuma watak sampingan sahaja". jawapan yang nampak bersahaja tetapi sukar untuk dipertikaikan. yus melakukan sepakan lencong kepada tawel tapi terkena sahak, sahak yang pada mulanya tidak mahu campurtangan terpaksa berkasar kerana mukanya dipenuhi tapak kaki yus. sahak melakukan siku balik, dengan laju-laju dia meniku muka yus, tetapi dengan tenang yus mengelak, sikuannya terkena tulang belikat mukh. mukh yang sedang menikmati burger daging yang dibeli tadi mula masuk campur, akibatnya teruk dia dibelasa oleh ban2.
mael yang melihat pergaduhan tersebut menyerah, dia menyerah kerana buukan dia yang melakukan onar tersebut, tetapi tidak mahu kawan-kawannya bergaduh dengan lebih teruk lagi, walaupun dinding rumah tersebut sudah menunjukkan tanda-tanda akan retak. dengan muka yang tidak bersalah mael melangkah ke arah tandas dan menadah air dalam baldi dan beberapa minit sahaja tandas sudah dibersihkan serta pergaduhan tadi berhenti seketika.

mukh yang teruk dibelasah masih mampu bermain kad dengan miji, jusin serta sood, dan akibatnya, dia yang selalu kalah, bukan sebab dia letih bergaduh tetapi dia memang tak terer main kad.

jam menunjukkan angka 1 pagi yang lain semuanya tidur keletihan akibat bergaduh dan untuk merehatkan diri bagi meneruskan perjalanan esok hari. sood yang menjadi pemerhati pergaduhan tadi masih belum melelapkan mata, dia sedang menonton cerita romeo and juliet di kaca televisyen pada siaran tv2. tamat sahaja cerita tersebut dia tutup tv dan terus terlena,

5 comments:

mad dien said...

butuh la....ok komen yang simple....

maells said...

ekk bile plak korang gado....adessss...

bengong arr dah tangkap gamba kat buger.....

awell n sahak n yuss yg padamm

Mr Andrey said...

oi yang pisang goreng tuh antara yus ngan maell la..pasal aku plak yg kne..wakakkaka :))

Poyo said...

hahaha smpai gaduh2 seyh.. ish ak xde kne mngene ngn pisang goreng lah hahaha

Ash said...

woiii, kenapa ada perempuan jadi writer nih?